Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

31 August 2009

Majlis Berbuka Puasa

Alhamdulillah, senja tadi telah berlangsung satu majlis berbuka puasa anjuran ARKB... dan seramai 50 org warga ham termasuk keluarga yg telah turut serta... penyertaan ini termasuk dari rakan-rakan yg baru mendapat callsign...

Semoga acara ini dapat dijadikan acara tahunan ARKB, insyaAllah...

cherio...
73

Salam Kemerdekaan

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 tahun buat semua rakan Ham Malaysia... alhamdulillah, negara kita masih lagi dalam suasana aman dan damai... kekalkan keharmonian yang kita kecapi ini sehingga ke akhir hayat, insyaAllah...

Dan jangan lupa, bebas dan merdekakan minda dan fikiran kita dari penjajahan anasir-anasir yang boleh merosakkan kita..

Merdeka... merdeka... merdeka...!!!

cherio...
73

Beacon To ISS

Dengan mengunakan interface yg dicipta oleh 9W2KEY, aku telah berjaya menghantar beacon APRS kepada ISS pada malam tadi... satu pencapaian baru untuk aku hari ini...

Data yg diambil dari laman http://www.ariss.net

cherio...
73

27 August 2009

Majlis Berbuka Puasa

Satu majlis berbuka puasa anjuran ARKB akan diadakan pada hari Ahad ini... info berkenaan majlis tersebut:

Tarikh: 30 Ogos 2009
Tempat: Restoran UKIR, Pulau Melaka
Bayaran: RM15 seorang

Sebarang pertanyaan bolehlah dimajukan kepada 9W2ALI, 9W2ALQ, 9W2HAR & 9W2GGB.

cherio...
73

22 August 2009

Salam Ramadhan 1430H

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubharak kepada semua umat islam amnya dan kepada warga Ham khasnya... Semoga ibadat kita semua dibulan yang mulia ini akan diberkati oleh Allah, insyaAllah...

cherio...
73

20 August 2009

Takziah

Ucapan takziah buat keluarga 9W2ZRP atas kembalinya allahyarham 9W2ZRP ke rahmatullah pada pagi tadi, jam 5.45am...

Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.. amin...

Sesungguhnya rakan ham Kelantan kehilangan seorang ham yang mampu QSO dalam beberapa bahasa antaranya Melayu, Inggeris dan Mandarin...

Alfatihah untuk arwah...

cherio...
73

13 August 2009

Keputusan RAE 2009-01

Keputusan RAE 2009-01 telah pun dikeluarkan oleh pihak MCMC dan boleh disemak di laman http://rae.skmm.gov.my

Tahniah buat semua rakan yg lulus RAE dan pada yg gagal, jgn putus asa... InsyaAllah, mungkin kejayaan akan berpihak pada anda nanti...

Sekalung tahniah juga buat Shah, Zudin & Azman, rakan saltmine aku... dah dapat sayap nanti, jgn pula malu & segan untuk memancar...


cherio...
73