Pengumuman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan Ham sekelian...

Atas usaha & inisiatif seorang rakan Ham dari Kota Bharu, Kelantan iaitu 9W2KEL, satu laman web baru telah diwujudkan iaitu http://www.mycallsign.my/
Jika sebelum ini kita semua telah biasa dengan www.qrz.com, jadi apa kata kita semua warga Ham di Malaysia khasnya memberi sokongan atas usaha murni ini. Tujuan utama kewujudan laman ini adalah untuk menyediakan pengkalan data bagi semua Ham di Malaysia.

Sebagai contoh, jika anda ingin ke Kota Bharu tetapi anda tidak mempunyai rakan disana, anda bolehlah mencari senarai rakan di Kota Bharu melalui laman http://www.mycallsign.my/ tersebut.

Jadi saya ingin menyeru pada rakan-rakan semua agar dapat mendaftarkan profile anda di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma, tiada bayaran dikenakan.
Sama-samalah kita menyokong usaha ini dan semoga laman ini dapat menjadi rujukan bagi rakan-rakan ham semua.

cherio...
73

cPOI

Aku skang dlm proses mengumpul koordinat Base Station seberapa banyak rakan-rakan Ham seluruh Malaysia... tujuannya ada untuk dibuat Custom Point Of Interest (cPOI) untuk peta GPS Garmin... idea ini dtgnya dari 9W2YOO dan aku cuba untuk merealisasikannya...

Jika korang bersetuju untuk memberi koordinat korang atau member-member korang, korang bolehlah email pada aku di alamat 9w2yon[at]amsat.org...

Setakat ni aku dah berjaya mengumpul 270 koordinat yg mana kebanyakannya diambil dari laman MyCallsign...

cherio...
73

Senarai Repeater & Simplex - 31 Dis 2009

Senarai repeater yg dapat aku kemaskini... seperti biasa, mungkin ada antara repeater ini yg dah tak berfungsi... apa pun, guna senarai ni atas pertimbangan korang sendiri... jgn dimarah kalau senarai ini tak betul dan jgn dipuji kalau senarai ini membantu korang...

Untk senarai dalam bentuk PDF, korang boleh klik butang dibawah...



31/12/2009 - Kemaskini untuk frekuensi 9M4RAA

cherio...
73

09 February 2010

RAE 2009/2

Keputusan RAE sesi 2/2009 telah pun dikeluarkan... anda boleh semak di laman http://rae.skmm.gov.my. Tahniah pada yg berjaya dan jgn putus asa pada yg gagal... gagal sekali tak bererti akan gagal untuk selamanya...

Juga tahniah pada rakan saltmine aku iaitu Mazlan, Rozmadi & Redzo atas kejayaan dlm RAE... selamat meneroka ruang angkasa Radio Amatur dan semoga anda menikmati keunikan komuniti Radio Amatur...

cherio...
73

23 January 2010

Takziah


Takziah buat seluruh rakyat Negeri Johor umumnya dan rakan Ham Negeri Johor khasnya diatas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada jam 1915hrs semalam (22 Jan 2010)...

Semoga roh Almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...

Alfatihah...

cherio...
73

22 January 2010

CW & RAE 2010-1

MCMC telah mengeluarkan notis ujian CW & RAE untuk siri pertama tahun 2010... bagi sesiapa yg berminat untuk menjadi 9M atau 9W, bolehlah menghantar borang permohonan yg boleh didapati dilaman MCMC...

Cuma tak pasti, kenapa RAE untuk siri 2010-1 ini, hanya dijalankan di 2 wilayah shj iaitu Tengah & Utara... mungkin wilyah lain diperuntukkan dalam siri 2010-2??

Notis CW & RAE
Borang permohonan


cherio...
73

18 January 2010

APRS


Satu tembakan yg tepat ke ISS setelah agak lama tidak ke lapang sasar untuk menembak...

cherio...
73

03 January 2010

9W2KEY Kemalangan - 4

9W2KEY telah keluar dari wad Melati tengahari tadi... sekarang berehat dirumahnya di Alor Bakat...


cherio...
73

Original Template by - Abdul Munir | Modified By - aYon 2008
Penafian: 9W2YON sama sekali tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ketidaktepatan maklumat yang mungkin didapati dilaman blog ini dan 9W2YON juga sama sekali tidak akan bertanggungjawab atas segala kemungkinan yang timbul disebabkan oleh ketidaktepatan maklumat tersebut. Pengambilan maklumat melalui laman blog ini adalah diatas risiko anda sendiri.