Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

25 May 2011

Kemaskini 25/05/2011

Kemaskini untuk repeater 9M4RGT...

cherio...
73

09 May 2011

Kemaskini 09/05/2011

Kemaskini untuk repeater di Pahang... terima kasih 9W2WWW atas informasi anda...

cherio...
73

08 April 2011

Kemaskini 08/04/2011

Kemaskini untuk beberapa repeater di Johor... terima kasih pada 9W2SFA atas informasi yg diberikan...

cherio...
73

RAE siri pertama 2011

SKMM telah mengeluarkan notis RAE siri pertama tahun 2011... untuk maklumat lanjut, boleh lah layari laman web SKMM.....

Muat turun:
Notis RAE
Borang RAE

cherio...
73

29 March 2011

Kemaskini 29 Mac 2011

Kemaskini untuk beberapa repeater di Kelantan...

cherio...
73

28 March 2011

Terima kasih

Satu majlis makan malam telah berlangsung pada 25 Mac lepas sempena kunjungan muhibbah rakan Kelab Peminat Komunikasi Radio (KPKR) Mersing ke Kota Bharu yg diketuai oleh 9W2CCO & 9W2JSY...

Terima kasih atas kunjungan anda semua... segala kekurangan dalam sambutan oleh pihak Radio Amatur Kelantan amatlah dikesali...







cherio...
73

04 March 2011

Maulidur Rasul

Majlis Maulidur Rasul anjuran ARKB akan diadakan hari ini bertempat di PBSM Kota Bharu, Jalan Mahmood bermula jam 1900hrs... rakan-rakan yang berkesempatan, dijemput hadir...

cherio...
73

24 February 2011

Kemaskini 24/02/2011

Kemaskini untuk 9M4RGT...

cherio...
73

20 February 2011

Web ARKB

Adalah dimaklumkan, website ARKB tidak dapat dilayari buat sementara waktu atas sebab-sebab teknikal... dengan itu juga, senarai repeaters juga tidak dapat dimuat turun sehingga masalah ini diselesaikan oleh pihak admin website ARKB...

Sebarang kesulitan amat dikesali...

cherio...
73

02 February 2011

Keputusan RAE siri 2010-4

Keputusan rasmi telah dikeluarkan oleh MCMC... Sila rujuk di sini untuk semakan...

cherio...
73

Kemaskini 02/02/2011

Kemaskini untuk frekuensi 9M4RTM...

cherio...
73.

27 January 2011

Kemaskini 27/01/2011

Kemaskini untuk frekuensi Akrab dan frekuensi sekitar Lembah Kelang...

cherio,
73

12 November 2010

Kelas persediaan RAE 2010/04

Sila rujuk di laman ini untuk maklumat lanjut...

cherio...
73

22 September 2010

Majlis Sambutan Hari Raya ARKB

Jemputan ke Majlis Hari Raya anjuran ARKB...

Tarikh: 26hb September, 2010
Sumbangan: RM10.00 individu & RM20 keluarga (Wajib kepada ahli ARKB sahaja)
Penerima: 9W2YON, 9W2JIT & 9W2CNC
Tempat: di base 9W2HAR, Pasir Tumbuh (Four Z Guest House - N6 02' 49.7" E102 16' 42.2")
Bermula: 8.30pm
Freq: 9M4RDA (147.650MHz -600 tone 203.5) dan V18 (145.225Mhz)

Sebarang sumbangan dari rakan-rakan lain, kami terima dan dahulukan dgn ucapan terima kasih.

cherio...
73

08 September 2010

Majlis Kesyukuran

Aku ingin menjemput rakan-rakan untuk hadir ke Majlis Kesyukuran yg akan diadakan dirumah aku nanti...

Pada: Isnin, 13 Sept 2010 / 4 Syawal 1431H
Lokasi: Lrg Madrasah Kg Ijok, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu
Masa: 12.30pm - 6.00pm

Kepada memana rakan yg berkesempatan, jemputlah hadir kerumah aku nanti... aku akan standby di V40 pada hari tersebut untuk membantu kalau ada rakan-rakan yg tak tahu jalan nak kerumah aku...

cherio...
73

06 September 2010

Salam Syawal 1431H


Salam Aidilfitri 1431H buat semua rakan radio amatur yg beragama Islam... setelah sebulan kita berpuasa, kini tibanya hari kemenangan buat kita semua... semoga anda semua bergembira dan berbahagia disamping keluarga tersayang dihari yg mulia ini...

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...

cherio...
73

22 August 2010

Majlis Berbuka Puasa

Satu majlis berbuka puasa anjuran ARKB akan diadakan pada 1 Sept 2010 bertempat di Restoran Ukir, Panji... kepada rakan ham yg berminat, bolehlah menghubungi 9w2JIT atau 9W2DDD di 9M4RDA untuk keterangan lanjut... bayaran RM16 dikenakan untuk seorang... tarikh tutup pengesahan kehadiran pada 28 Ogos 2010...

73
cherio...

10 August 2010

Salam Ramadhan 1431H


Selamat menyambut bulan Ramadhan 1431H kepada semua rakan radio yang beragama Islam... semoga ibadah kita dibulan yang mulia ini diberkati Allah SWT...

cherio...
73

01 July 2010

Perkhemahan Perdana PBSM Kelantan 2010

Aku telah terlibat dalam Perkhemahan Perdana PBSM Kelantan 2010 yang bertempat di Kem Pengakap Kok Keli dan telah dilantik sebagai Jurulatih Komunikasi bersama dengan 9W2KEY, 9W2JIT dan 9W2ALI... agak menyeronokkan melayan pelajar-pelajar sekolah yang berminat untuk mengetahui tentang penggunaan radio dua hala...






cherio...
73

Konvoi RAE 2010/02

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik Kota Bharu - UMT - Kota Bharu sempena konvoi RAE 2010/02 telah berjalan dengan lancar dan selamat... terima kasih kepada semua peserta konvoi yang memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur untuk menguruskan perjalanan ini yang melibatkan 30 buah kenderaan...

Dan buat rakan yang menduduki RAE, selamat maju jaya buat anda dan semoga anda semua lulus dalam RAE...









cherio...
73