Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

27 September 2008

Contact Perdana

26 Sept 2008, 1400hrs - contact perdana di daratan dengan 9W2ZGM... kebetulan dia datang ke rumah kakaknya di kampung sebelah kampung aku... sewaktu aku balik dari masjid lepas solat Jumaat, ternampak satu kereta dengan antenna di bonet... intai punya intai, nampak la callsign... apa lagi, aku tunggu dekat kereta dia tu sampai la dia muncul... hehe... dapat juga aku jumpa dengan dia selepas 2-3 kali tergendala...

26 Sept 2008, 2145hrs - contact perdana di daratan dengan 9W2SYS... sesi makan "colek" di Wakaf Bharu... turut serta 9W2YGC, 9W2HKS, 9W2DCC & 9W2DYD...

ok la tu...dapat juga aku kenal 2 rakan ham baru di daratan tadi... ramai lagi rakan ham di Kelantan amnya, di Kota Bharu khasnya yang belum pernah aku jumpa didaratan... insyaAllah, ada rezeki dapat jumpa korang semua nanti...

cherio...
73

No comments: