Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

27 September 2008

Eyeball Colek Ramadhan 1429H/2008M

Kelab Pemancar dan Rekreasi Pasir Puteh (PUTRA) akan mengadakan satu program eyeball yang mana bertujuan mengumpul semua rakan radio amatur dari daerah Pasir Puteh serta dari seluruh daerah di negeri Kelantan dan juga yang bakal pulang dari perantauan untuk berhari raya di kampung halaman.

Program eyeball ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh rakan radio amatur Pasir Puteh dan pada tahun ini, program ini merupakan aktiviti Kelab PUTRA yang ke 2, setelah Kelab Pemancar dan Rekreasi Pasir Puteh (PUTRA) ditubuhkan. Untuk itu, semua ahli Kelab PUTRA dan seluruh rakan radio amatur dari negeri Kelantan khususnya dan rakan radio di sekitar (Besut dan Setiu) dijemput hadir ke majlis tersebut sebagaimana berikut:

Tarikh: 28 September 2008 / 28 Ramadhan 1429H
Masa: 9.30 malam
Bertempat di: Hasrat Servis ( Tempat Basuh Kereta - Cikgu Lan)

Semoga dengan kehadiran semua rakan radio amatur, akan memeriahkan lagi program Eyeball Ramadhan pada tahun ini.

...............ikhlas dari Presiden.............

p/s: dipetik dari laman blog PUTRA

cherio...
73

2 comments:

Anonymous said...

Selamat hari Raya maaf zahir batin
http://kemaman4wheel.blogspot.com/

aYon said...

salam aidilfitri juga buat anda