Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

09 October 2008

Coretan Perjalanan

7 Oktober 2008 - Memulakan perjalanan ke Kerteh untuk kembali bertugas pada jam 1500hrs... sewaktu di 9M4RPU, contact perdana aku dgn 9W2CMG... seperti dijangka, aku dipukat sewaktu aku sampai ke Pasir Puteh... untuk tidak mengecilkan hati disamping ingin berkenalan didaratan, aku menerima perlawaan 9WCMG untuk minum air disebuah kedai di Pasir Puteh...

Meneruskan perjalanan pada jam 1620hrs selepas hampir 40 minit aku bersama 9W2CMG... keluar aje dari Pasir Puteh, aku memancar ke 9M4RBA... sempat berQSO dgn 3 rakan sebelum aku QSY ke 9M4RSC untuk memanggil 9W2DAP... alhamdulillah, kalau sebelum ni aku hanya pernah berhubung melalui alam maya dgn 9W2DAP, pada hari tersebut aku berjaya juga contact perdana dgnnya di jaluran 9M4RSC sebelum aku singgah di sekejap di base 9W2DAP... walaupun aku hanya dapat berjumpa sekejap untuk bersalaman, tapi yg pasti, aku telah mengenali seorang lagi rakan ham didaratan... terima kasih 9W2DAP... lain kali aku singgah untuk minum-minum...

Meneruskan lagi perjalanan ke Kerteh... sesampainya aku ke Merang, aku memancar ke 9M4RBJ... sekadar untuk teman berteman sewaltu memandu... menghampiri Batu Rakit, aku menghubungi 9W2SKT... hajatnya hendak bersalaman sekejap... tapi lain pula mesej yg aku terima... "Datang la ke base 9W2CHK, ramai rakan kat sini"...

Dapat je mesej tu, terus aku ke rumah 9W2CHK... alhamdulillah, sekali lagi aku dapat bersalaman didaratan dgn beberapa rakan ham Terengganu yg berada disitu untuk acara menaikkan antenna base... antaranya 9W2SKT, 9W2ASE, 9W2PZP, 9W2CLI dan 2-3 rakan lagi yg aku tak ingat callsignnya... terima kasih 9W2CHK atas hidangan air dan kuih raya walaupun aku sampai sudah agak lewat, menghampiri pukul 7 malam... dan tahniah pada 9W2CHK kerana selepas ini anda sudah mampu terbang dengan lebih jauh lagi dengan bantuan antenna V24 anda...

Selepas rumah 9W2CHK, singgah pula di rumah 9W2DEB... sempat minum secawan air sebelum pergi ke kedai untuk acara minum air buah gelas besar... hehe... di kedai air buah gelas besar tu, berjumpa pula dengan 9W2BNO... sekali lagi contact perdana di daratan dgn seorang rakan ham Terengganu... untuk makluman, 9W2BNO adalah org pertama yg menyambut panggilan pertama aku ke 9M4RBJ...

Sesi aku dgn 9W2DEB & 9W2BNO di kedai air buah gelas besar tu adalah sesi terakhir aku sebelum aku meneruskan perjalanan ke Kerteh... tak larat dah aku nak singgah mana-mana untuk berjumpa dgn sesiapa... akhirnya, jam 0005hrs, aku selamat sampai ke Kerteh...

Terima kasih kepada rakan-rakan ham yg sudi meluangkan masa berjumpa aku dan mendengar celoteh aku yg ntah apa apa... insyaAllah, ada kesempatan kita berjumpa lagi...

cherio...
73

Salam Takziah Buat 9W2BCA

Harian Metro, 7 Oktober 2008

Terpelanting dirempuh kereta

Oleh Rosliza Mohamed

PASIR MAS: “Saya benar-benar tak sangka kerana ketika itu saya sibuk bersalaman dengan saudara-mara selepas makan. Malah, saya juga tak tahu bagaimana arwah boleh dipimpin dua abangnya untuk melintas jalan.

“Saya hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi brek kereta yang kuat sebelum mendapati anak saya sudah terpelanting akibat dilanggar kereta,” kata Wina Mohd Bili, 37, ibu kepada Mohd Shahadah Azwina Azhar, 2, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta di Kampung Gual Periok di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Mohd Shahadah bersama dua abangnya, Mohd Aman Mirza, 6, dan Mohd Nazmi, 7, mahu melintas dari kiri ke kanan jalan.

Dia dirempuh sebuah Proton Wira Aeroback hingga terpelanting dan cedera parah di kepala dan badan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM), kira-kira jam 8 malam hari kejadian.

Wina, seorang pengusaha salun kecantikan, berkata dia bersama suami, Azhar Che Ya, 40, (9W2BCA) dan lima anak pergi ke rumah ibu saudaranya dari rumah mereka di Kampung Lati bagi menghadiri majlis sempena Aidilfitri.

Menurutnya, dia juga tidak mengetahui bagaimana arwah tidak sempat melintas sedangkan dua abangnya sudah berada di tepi jalan.

Selepas kejadian itu, suaminya terus bergegas membawa Mohd Shahadah ke HPM untuk menerima rawatan lanjut, tetapi dia disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.

“Kejadian itu memang tidak diduga berikutan tempat kejadian jalan kampung, ditambah pula ada majlis kenduri di kawasan berkenaan.

“Saya sedih dan kesal dengan sikap pemandu kereta itu kerana memandu terlalu laju,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Jenazah anak keenam daripada tujuh beradik itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Lemal jam 11 pagi semalam.

Seminggu sebelum kejadian itu, kata Wina, arwah agak manja kerana sering mengadu sakit dan menangis walaupun hanya luka kecil di jari dan lutut selepas terjatuh ketika bermain.

“Saya tak sangka perubahan itu menandakan dia akan pergi meninggalkan kami selamanya kerana dia agak pendiam berbanding adik-beradik lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haliludin Rahim, berkata pemandu Wira Aeroback terbabit membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, petang semalam.

“Dia yang berusia 39 tahun yang melanggar mangsa tampil membuat laporan jam 6 petang ini (semalam). Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu memberi maklumat,” katanya.

Beliau meminta saksi kejadian menghubungi balai polis berhampiran atau di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7908222 untuk membantu siasatan.


Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat...

p/s: dipetik dari laman blog 9W2DAP

cherio...
73

Notis RAE 2008-2

InsyaAllah, RAE 2008-2 akan dijalankan pada 17 Disember 2008... kepada rakan-rakan yang berminat, bolehlah menghantar borang permohonan RAE 2008-2 sebelum 24 Oktober 2008...

Notis RAE 2008-2
Borang Permohonan RAE 2008-2

cherio...
73

04 October 2008

Coretan Aidilfitri

Tahun ni, 2008, kali pertama aku berhari raya sebagai seorang ham... hehe... alhamdulillah, sempat juga aku berhari raya kerumah 6 orang rakan ham... kalau diikutkan hati, mmg aku nak pergi ke semua rumah rakan ham yang aku kenal... tapi apakan daya... masa tak mengizinkan...

2 Syawal - Aku dan 9W2ALI berkunjung ke rumah 9W2HKS & 9W2RCN... sewaktu hendak balik dari rumah 9W2RCN, terserempak dengan 9W2WAJ yang baru tiba... berkunjung pula ke rumah 9W2DTS pada sebelah petangnya... dirumah 9W2DTS, berjumpa dengan 9W2RTP & 9W2SPC..

3 Syawal - Pagi, berkunjung ke rumah rakan saltmine yang juga rakan ham, 9W2SHQ... Lepas tu, berkunjung ke rumah 9W2MBC bersama-sama dengan 9W2ALI, 9W2WAJ & 9W2DYD... Petangnya ke rumah 9W2DYD & 9W2AZX... Malam, 9W2KEY bertandang ke rumah aku... satu-satunya rakan ham yang ke rumah aku... hehehe...

cherio...
73

2 Meter Net Istimewa Aidilfitri 9M4RDA

30 Sept 2008, 2100hrs - Acara 2 meter net Istimewa Aidilfitri telah berlangsung dengan meriahnya di 9M4RDA tepat jam 2100hrs hingga 0045hrs pagi, 1 Okt 2008...

Pengalaman pertama aku sebagai pengawal rangkaian 2 meter net... alhamdulillah, walaupun baru pertama kali mengendalikan acara 2 meter net tu, tiada sebarang kesulitan yang aku hadapi... sokongan dan dorongan dari rakan-rakan ham yang lain membuatkan aku lebih bersemangat... 40 orang rakan ham yang telah check in sewaktu aku diudara dan lagi 42 orang yang check in sewaktu 9W2ALI mengambil alih tugas sebagai pengendali rangkaian pada jam 2300hrs...

Terima kasih rakan-rakan... dengan sebab sokongan anda semualah, aku berjaya menjadi pengendali rangkaian 2 meter net pada malam tersebut...

Disini aku senaraikan 40 rakan ham yang telah check in semasa aku bertugas sebagai pengendali rangkaian 2 meter net Istimewa Aidilfitri di 9M4RDA... untuk senarai 42 orang lagi rakan yang telah check in, ada dengan 9W2ALI... tak sempat lagi aku nak ambik...

1. 9W2CRA - Rafique, Pasir Pekan.
2. 9W2BNA - Albana, perantau dari Kulim balik ke kampung halaman di Pak Badol
3. 9W2FGM - Khairul, dari Gua Musang balik ke kampung halaman di Kg Tini
4. 9W2DCC - Pak Din, Pasir Mas
5. 9W2RCN - Iskandar, Kota Bharu
6. 9W2HKS - Rudy, Kota Bharu
7. 9W2YGC - Cikgu Yoong, Wakaf Bharu
8. 9W2ZWI - Pak Awi, Kota Bharu
9. 9W2KMN - Azam, dari Kemaman balik ke rumah mertua di Kedai Lalat
10. 9W2DDI - Mahadi, Lundang
11. 9W2NET - Azhari, dari Sungai Besi balik ke rumah mertua di Paya Senang
12. 9W2AIM - Asri, Kota Bharu
13. 9W2TZT - Abg Lan, Kulim Pasir Puteh
14. 9W2DPG - Mazlan, Wakaf Che Yeh
15. 9W2RJT - Pak Lan, Jerteh
16. 9W2RRA - Roslan, Tanah Merah
17. 9W2ALI - Ali, Kota Bharu
18. 9W2ZGM - Ustaz Zakaria, dari Gua Musang balik ke kampung halaman di Bachok
19. 9W2SYD - Pak Sydina, Kota Bharu
20. 9W2BRD - Badri, dari Kerteh balik ke kampung halaman di Kedai Lalat
21. 9W2DAY - Wan, Kota Bharu
22. 9W2KDK - Kamarudin, dari Kuala Lumpur balik ke kampung halaman di Kedai Menanti
23. 9W2RDR - Roslan, Pasir Puteh
24. 9W2DBX - Pak Mi, Tanah Merah
25. 9W2LPQ - Nasir, Rantau Panjang
26. 9W2LMQ - XYL Nasir, Rantau Panjang
27. 9W2RAP - Raja Ali, Kota Bharu
28. 9W2DIL - Ustaz Fadhil, Kedai Lalat
29. 9W2HGM - Haris, Pengkalan Kubur
30. 9W2ZKP - Zainal, Bachok
31. 9W2NOC - Zainal, dari Pulau Pinang balik ke kampung halaman di Panchor
32. 9W2ALQ - Salleh, Kota Bharu
33. 9W2DTS - Pak Sukeri, Kota Bharu
34. 9W2SME - Kak Mah, Kota Bharu
35. 9W2KEY - Zaki, Melor
36. 9W2CKL - Chu Kok Leng (Pak Aleng), Pasir Puteh
37. 9W2SSP - Saari, Kutan
38. 9W2EEB - Areeb, Taman Sari
39. 9W2ZCC - Cikgu Zul, Cabang 3 Berangan
40. 9W2ZKT - Pak Aziz, Temangan

Sekali lagi jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah berkesempatan untuk check in dan sama-sama menjayakan acara 2 meter net Istimewa Aidilfitri di 9M4RDA...

cherio...
73