Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

09 October 2008

Coretan Perjalanan

7 Oktober 2008 - Memulakan perjalanan ke Kerteh untuk kembali bertugas pada jam 1500hrs... sewaktu di 9M4RPU, contact perdana aku dgn 9W2CMG... seperti dijangka, aku dipukat sewaktu aku sampai ke Pasir Puteh... untuk tidak mengecilkan hati disamping ingin berkenalan didaratan, aku menerima perlawaan 9WCMG untuk minum air disebuah kedai di Pasir Puteh...

Meneruskan perjalanan pada jam 1620hrs selepas hampir 40 minit aku bersama 9W2CMG... keluar aje dari Pasir Puteh, aku memancar ke 9M4RBA... sempat berQSO dgn 3 rakan sebelum aku QSY ke 9M4RSC untuk memanggil 9W2DAP... alhamdulillah, kalau sebelum ni aku hanya pernah berhubung melalui alam maya dgn 9W2DAP, pada hari tersebut aku berjaya juga contact perdana dgnnya di jaluran 9M4RSC sebelum aku singgah di sekejap di base 9W2DAP... walaupun aku hanya dapat berjumpa sekejap untuk bersalaman, tapi yg pasti, aku telah mengenali seorang lagi rakan ham didaratan... terima kasih 9W2DAP... lain kali aku singgah untuk minum-minum...

Meneruskan lagi perjalanan ke Kerteh... sesampainya aku ke Merang, aku memancar ke 9M4RBJ... sekadar untuk teman berteman sewaltu memandu... menghampiri Batu Rakit, aku menghubungi 9W2SKT... hajatnya hendak bersalaman sekejap... tapi lain pula mesej yg aku terima... "Datang la ke base 9W2CHK, ramai rakan kat sini"...

Dapat je mesej tu, terus aku ke rumah 9W2CHK... alhamdulillah, sekali lagi aku dapat bersalaman didaratan dgn beberapa rakan ham Terengganu yg berada disitu untuk acara menaikkan antenna base... antaranya 9W2SKT, 9W2ASE, 9W2PZP, 9W2CLI dan 2-3 rakan lagi yg aku tak ingat callsignnya... terima kasih 9W2CHK atas hidangan air dan kuih raya walaupun aku sampai sudah agak lewat, menghampiri pukul 7 malam... dan tahniah pada 9W2CHK kerana selepas ini anda sudah mampu terbang dengan lebih jauh lagi dengan bantuan antenna V24 anda...

Selepas rumah 9W2CHK, singgah pula di rumah 9W2DEB... sempat minum secawan air sebelum pergi ke kedai untuk acara minum air buah gelas besar... hehe... di kedai air buah gelas besar tu, berjumpa pula dengan 9W2BNO... sekali lagi contact perdana di daratan dgn seorang rakan ham Terengganu... untuk makluman, 9W2BNO adalah org pertama yg menyambut panggilan pertama aku ke 9M4RBJ...

Sesi aku dgn 9W2DEB & 9W2BNO di kedai air buah gelas besar tu adalah sesi terakhir aku sebelum aku meneruskan perjalanan ke Kerteh... tak larat dah aku nak singgah mana-mana untuk berjumpa dgn sesiapa... akhirnya, jam 0005hrs, aku selamat sampai ke Kerteh...

Terima kasih kepada rakan-rakan ham yg sudi meluangkan masa berjumpa aku dan mendengar celoteh aku yg ntah apa apa... insyaAllah, ada kesempatan kita berjumpa lagi...

cherio...
73

2 comments:

Anonymous said...

Salam contact perdana di alam siber.
Selalu mendengar suara anda d 9m4RBJ...

9w2bpm.wordpress.com

aYon said...

terima kasih BPM... salam contact perdana di alam cyber juga buat anda... semoga dapat berQSO dgn anda di RBJ nanti...