9W2GGB juga telah mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina pada hari ni... suasana agak meriah tambah lagi dgn kehadiran rakan-rakan Taiping (9W2DMG, 9W2VZO & 9W2OCC) yg masih belum balik ke base masing-masing...
Satu acara sambutan untuk rakan-rakan ham dari Kampongku Taiping telah diadakan di Sek Men Teknik Tanah Merah... acara itu dianjurkan oleh pihak ARECTMJ...
Acara itu bersempena kedatangan rakan-rakan Utara ke Kelantan yg berakhir pada hari ini... rombongan yg diketuai oleh 9W2DMG itu berangkat pulang ke Utara pada jam 6 petang...
Buat rakan-rakan Utara, jgn lupa untuk berkunjung lagi... kami di Kelantan sedia menerima kunjungan anda semua...
9W2YGC telah mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di kediamannya petang tadi... agak ramai rakan ham yg hadir antaranya 9W2HAR, 9W2RSE, 9W2SHQ, 9W2STH, 9W2SHI, 9W2BFU, 9W2WIE, 9W2PNH, 9W2DYD, 9W2SMO & 9W2SME...
Nasi dagang dan roti jala menjadi hidangan untuk kami... terima kasih buat 9W2YGC atas jemputan anda...
Selamat datang ke Kelantan amnya & Kota Bharu khasnya juga buat rakan-rakan Kampungku Taiping...
Terserempak dgn 9W2VZO sewaktu aku melintasi Pasar Borong Wakaf Che Yeh sebentar tadi... diinfokan sebanyak 10 kenderaan dari Kampungku Taiping datang ke Kelantan diketuai oleh 9W2DMG...
Selamat bercuti diucapkan kepada semua rakan-rakan yg ke Kelantan... semoga anda bergembira sepanjang anda berada di Kelantan...
Selamat datang ke Kelantan umumnya dan Kota Bharu khasnya buat rakan-rakan VEE99 dari Perak...
Alhamdulillah, tengahari tadi berkesempatan untuk bersalaman dengan konvoi VEE99 ni... kebetulan konvoi VEE99 melalui kampung aku untuk ke Rantau Panjang dengan dipandu arah oleh 9W2KEY...
Selamat membeli-belah buat 9W2JOI, 9W2HMI dan rakan-rakan VEE99... semoga anda berpuashati dengan segala yg anda dapati di Kelantan... dan semoga anda selamat pulang ke destinasi dengan selamat nanti, insyaAllah...
Terima info di 9M4RDA, seorang rakan 9W2WAJ terlibat dalam kemalangan di Kuantan... tanpa berlengah, aku terus hubungi seorang rakan ham di Kuantan iaitu 9W2SLA untuk mendapatkan bantuan...
Alhamdulillah, bantuan terus dihulurkan oleh 9W2SLA dan rakan-rakan di Kuantan untuk menguruskan apa-apa yang patut...
Inilah yang membuatkan aku semakin sayang dengan hobi ini... membuktikan, walaupun tanpa mengenali antara satu sama lain, tapi dengan semangat ham yang dimiliki mampu mengetepikan itu semua... bantuan akan tetap dihulurkan...
Terima kasih pada 9W2SLA dan rakan-rakan di Kuantan yang membantu samada secara langsung atau tidak...
Cubaan pertama untuk SSTV telah berjaya semalam... terima kasih 9W2KEY atas tunjuk ajar anda... dengan menggunakan program MMSSTV yg boleh didapati secara percuma di internet, penghantaran dan penerimaan imej telah berjaya walaupun tanpa menggunakan interface yg sepatutnya...
Imej pertama dari 9W2GGB (melalui 9M4RDA)
Imej dari 9W2PNH dgn mode Robot36 (melalui 9M4RDA)
Imej kedua dari 9W2PNH dgn mode SC2 180 (melalui simplex V35)
Imej pertama dari aku, diterima oleh 9W2KEY (melalui 9M4RDA)
Imej kedua dari aku, diterima oleh 9W2KEY (melalui 9M4RDA)
Imej ketiga dari aku dgn mode SC2 180, diterima oleh 9W2KEY (melalui simplex V35)
Untuk imej ketiga dari aku yg diterima oleh 9W2KEY, walaupun menggunakan mode SC2 180, imej agak kurang tajam kerana 9W2KEY berada agak jauh dari aku... memandangkan aku hanya menggunakan kuasa pancaran 5w, jadi pancaran yg diterima oleh 9W2KEY kurang jelas, dlm R3 sahaja...
Apapun, bagi aku percubaan pertama aku ni telah berjaya...
Alhamdulillah, majlis membuat bubur assyura telah berjalan dgn lancarnya dgn kerjasama penuh dari rakan-rakan yg hadir... sekalung ucapan terima kasih pada rakan-rakan yg turut sama menjayakan majlis ini...
Juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yg sudi menghulurkan sumbangan samada dlm bentuk wang ringgit, makanan, bahan-bahan mentah hatta pengangkutan... tak lupa ucapan terima kasih kepada 9W2KEL diatas kesudian anda menaja lokasi majlis serta beberapa bentuk penajaan lagi... Terima Kasih....
Perbincangan akhir untuk majlis assyura
Persiapan untuk meletakkan kawah
Sessi menerima sumbangan beras (lakonan semata-mata)
Lokasi masjlis assyura ARKB (perkarangan pejabat 9W2KEL)
InsyaAllah, pada 10 Jan 2009 (Sabtu) nanti akan diadakan satu majlis membuat assyura... semua rakan yg berkelapangan dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut...
Tarikh: 10 Jan 2009 (Sabtu) Lokasi: Perkarangan pejabat 9W2KEL (Panji, berhampiran JPJ) Masa: Pagi ke petang Jaluran rasmi: 9M4RDA & V18
Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi AJK majlis iaitu: 9W2ALI, 9W2HKS, 9W2ALQ, 9W2KEY & saya sendiri...
Sekiranya anda menerima email seperti dibawah atau yg sewaktu dengannya, sila abaikan... ini adalah bentuk penipuan internet yg berleluasa dikala ini... berhati-hatilah dgn penipuan seperti ini...
Dear CIMB Bank customer,
We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your CIMBClicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.
2. You must request for TAC online via CIMBClicks - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.( you can find the "request TAC" button in the left menu of your account )
3. Logout from your account and close the browser.
4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information (Account user ID, password and TAC). CLICK HERE to go on our secured server.
Selamat menyambut tahun baru 2009 Masehi kepada semua rakan-rakan... semoga tahun baru 2009M ini lebih memberi makna kepada anda semua... dan semoga semua impian anda akan tercapai pada tahun 2009M ini...