InsyaAllah, jika tiada aral melintang, pada hari Isnin ini (25 Julai 2011), repeater 9M4RDA di Kota Bharu akan bertukar kepada 9M4RKN...
Untuk rekod, lesen 9M4RDA yang telah digunapakai selama ini adalah kepunyaan MARTS tetapi diselengara sepenuhnya oleh Persatuan Radio Amatur Dan Rekreasi Kota Bharu (ARKB - 9M4CKB)...
Dan bermula pada 27 Julai 2011 nanti, 9M4RKN akan beroperasi sepenuhnya... Untuk rekod juga, 9M4RKN ini dimiliki sepenuhnya oleh ARKB... Frekuensi tidak akan berubah, cuma tone yang akan ditukar...
Sama-samalah kita mendoakan agar pertukaran ini nanti dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa sebarang masalah yang timbul... Sebarang pertukaran akan dimaklumkan semula... Semoga impian akan menjadi kenyataan...
skoda...
73
No comments:
Post a Comment