Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

18 November 2008

BANTUAN KOMUNIKASI BANJIR

Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu di ucapkan salam konteks perdana kepada yang baru saja menceburi bidang radio amatur dan di ucapkan selamat datang ke Dunia Radio Amatur. Welcome..

Di lihat pada guideline MCMC ada tercatat ia itu sentiasa mengambil bahagian dalam kerja-kerja membantu pihak-pihak berwajib semasa negara menghadapi bencana alam seperti banjir dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili semua ahli radio amatur Negeri Kelantan telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa bencana alam (banjir) di peringkat negeri. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Majlis Keselamatan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah memberi kepercayaan kepada Ahli-Ahli Radio Amatur untuk bersama-sama menghulur tangan membantu dalam keadaan semasa negeri akan menghadapi musim banjir pada tahun ini.

Apa yang boleh bagi kita pengguna Radio Amatur ini ialah memberi sumbangan sebagai back-up komunikasi semasa bencana - banjir sekiranya dan semua rangkaian komunikasi sedia ada tidak berfungsi.

Dalam mesyuarat pada 18 November 2008 di Bilik Gerakan JPP Kel. yang di pengurusikan oleh En.Rosli Pengarah Bahagian Keselamatan Negeri Kelantan meminta semua Ahli Radio Amatur dapat memberi kerjasama semaksima yang boleh khususnya memberi dan menerima maklumat dari pusat-pusat pemindahan. Ia itu jumlah pemindahan dan apa-apa keperluan dari pusat-pusat pemindahan ke Bilik Gerakan Banjir Jajahan.

Apa yang di pohon tadi ialah pihaknya (Bilik Gerakan Banjir Jajahan), tidak dapat berhubung beberapa pusat-pusat pemindahan terutamanya di kawasan / jajahan Pasir Mas khususnya di kawasan sempadan. Jadi dengan ini sekiranya ada antara kita yang kebetulan berada berhampiran dengan pusat-pusat pemindahan bolehlah set-up station di sana dan bertugas sebagai relay station kepada bilik Gerakan Jajahan.

Dalam perbincangan tadi sudah dimaklum bahawa Rakan-Rakan Amatur akan set-up station di Bilik Gerakan Jajahan. Jadi saya merayulah kepada semua Rakan Amatur dapat memberi kerjsama sepenuhnya dalam hal ini. Sila ke Bilik Gerakan Jajahan masing-masing dan maklum kepada pegawai bertugas untuk set-up station (pemasangan antenna dan mobile rig) dan secara bergilir bertugas di sana nanti. Kita serahkan kebijaksanaan Ketua atau Presiden Kelab di Daerah masing-masing untuk mengatur perkara ini. Perkara ini sudah mendapat persetujuan di peringkat Negeri.

Di peringkat Negeri, yang mana akan beroperasi di SUK. Mohon mana-mana callsign yang berkelapangan dapat bertugas secara bergilir di Bilik Gerakan Negeri. Sekiranya rangkaian komunikasi yang sedia ada terputus - brake down dan perkhidmatan Radio Amatur di perlukan dan antara bidang tugas yang akan kita laksanakan ialah :
- Menerima dan menghantar berita/lapuran dari Bilik Gerakan Jajahan dan lapur kepada Pegawai bertugas di Bilik Gerakan Negeri atau sebaliknya.
- Menghantar berita / lapuran semasa mengenai bencana kepada mana-mana station di luar sebagai hebahan dan untuk disampaikan kepada mangsa / masyarakat.
- Menjadi perantaraan antara ajensi-ajensi yang sedang memberi bantuan kerja-kerja menyelamat / operasi menyelamat.
- Sekiranya menerima lapuran kecemasan mana-mana station lain, sila lapur terus kepada Pegawai Bertugas dan pastikan apakah bentuk bantuan yang di perlukan.

Saya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada semua Ahli Radio Amatur di Negeri Kelantan ini dapat memberi kerjasama sepenuhnya. Tunjukkan kepada Kerajaan bahawa Ham Radio juga dapat berbakti kepada masyarakat bukan sekadar sembang-sembang saja di udara.

Bermula kerja-kerja kita ini setelah Kerajaan mengistiharkan banjir atau Bilik Gerakan Negeri di buka. Disamping itu juga Radio SRS dari Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional juga akan dijadikan sebagai back-up komunikasi. Mereka juga akan di arah untuk berada di lokasi-lokasi atau di pusat-pusat permindahan.

Sekian,

73, 9W2SYD

p/s: dipetik dari laman web ARKB

cherio...
73

No comments: