Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

22 November 2008

Kelas RAE 2008-2

21 Nov 2008 - Satu kelas RAE untuk bakal-bakal Ham telah diadakan dari jam 2100hrs-2300hrs di dewan PBSM, Kota Bharu... kelas ini dijalankan dengan kerjasama ARKB & PBSM...

Alhamdulillah, seramai 18 bakal Ham telah hadir untuk sesi tersebut yg dikendalikan oleh 9W2KEY & dibantu oleh 9W2ALI... InsyaAllah, kelas tersebut akan terus diadakan di lokasi tersebut untuk bakal Ham...

Tarikh lain untuk kelas tersebut adalah pada 22, 28, 29 November & 5, 6, 12 dan 13 Disember... semua bakal Ham dijemput hadir...













cherio...
73

Coretan

20 Nov 2008, aku ke KT untuk menghantar bonda aku yg akan ke Tanah Suci... perjalanan agak perlahan kerana keadaan cuaca yg tak menentu, ditambah dgn jalan yg licin...

Terima kasih pada 9W2PAK, atas pertolongan yg dihulurkan... untuk makluman, 9W2PAK adalah pegawai agama yg bertugas untuk menguruskan jemaah haji di Stadium Tertutup Gong Badak...

cherio...
73

18 November 2008

BANTUAN KOMUNIKASI BANJIR

Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu di ucapkan salam konteks perdana kepada yang baru saja menceburi bidang radio amatur dan di ucapkan selamat datang ke Dunia Radio Amatur. Welcome..

Di lihat pada guideline MCMC ada tercatat ia itu sentiasa mengambil bahagian dalam kerja-kerja membantu pihak-pihak berwajib semasa negara menghadapi bencana alam seperti banjir dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili semua ahli radio amatur Negeri Kelantan telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa bencana alam (banjir) di peringkat negeri. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Majlis Keselamatan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah memberi kepercayaan kepada Ahli-Ahli Radio Amatur untuk bersama-sama menghulur tangan membantu dalam keadaan semasa negeri akan menghadapi musim banjir pada tahun ini.

Apa yang boleh bagi kita pengguna Radio Amatur ini ialah memberi sumbangan sebagai back-up komunikasi semasa bencana - banjir sekiranya dan semua rangkaian komunikasi sedia ada tidak berfungsi.

Dalam mesyuarat pada 18 November 2008 di Bilik Gerakan JPP Kel. yang di pengurusikan oleh En.Rosli Pengarah Bahagian Keselamatan Negeri Kelantan meminta semua Ahli Radio Amatur dapat memberi kerjasama semaksima yang boleh khususnya memberi dan menerima maklumat dari pusat-pusat pemindahan. Ia itu jumlah pemindahan dan apa-apa keperluan dari pusat-pusat pemindahan ke Bilik Gerakan Banjir Jajahan.

Apa yang di pohon tadi ialah pihaknya (Bilik Gerakan Banjir Jajahan), tidak dapat berhubung beberapa pusat-pusat pemindahan terutamanya di kawasan / jajahan Pasir Mas khususnya di kawasan sempadan. Jadi dengan ini sekiranya ada antara kita yang kebetulan berada berhampiran dengan pusat-pusat pemindahan bolehlah set-up station di sana dan bertugas sebagai relay station kepada bilik Gerakan Jajahan.

Dalam perbincangan tadi sudah dimaklum bahawa Rakan-Rakan Amatur akan set-up station di Bilik Gerakan Jajahan. Jadi saya merayulah kepada semua Rakan Amatur dapat memberi kerjsama sepenuhnya dalam hal ini. Sila ke Bilik Gerakan Jajahan masing-masing dan maklum kepada pegawai bertugas untuk set-up station (pemasangan antenna dan mobile rig) dan secara bergilir bertugas di sana nanti. Kita serahkan kebijaksanaan Ketua atau Presiden Kelab di Daerah masing-masing untuk mengatur perkara ini. Perkara ini sudah mendapat persetujuan di peringkat Negeri.

Di peringkat Negeri, yang mana akan beroperasi di SUK. Mohon mana-mana callsign yang berkelapangan dapat bertugas secara bergilir di Bilik Gerakan Negeri. Sekiranya rangkaian komunikasi yang sedia ada terputus - brake down dan perkhidmatan Radio Amatur di perlukan dan antara bidang tugas yang akan kita laksanakan ialah :
- Menerima dan menghantar berita/lapuran dari Bilik Gerakan Jajahan dan lapur kepada Pegawai bertugas di Bilik Gerakan Negeri atau sebaliknya.
- Menghantar berita / lapuran semasa mengenai bencana kepada mana-mana station di luar sebagai hebahan dan untuk disampaikan kepada mangsa / masyarakat.
- Menjadi perantaraan antara ajensi-ajensi yang sedang memberi bantuan kerja-kerja menyelamat / operasi menyelamat.
- Sekiranya menerima lapuran kecemasan mana-mana station lain, sila lapur terus kepada Pegawai Bertugas dan pastikan apakah bentuk bantuan yang di perlukan.

Saya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada semua Ahli Radio Amatur di Negeri Kelantan ini dapat memberi kerjasama sepenuhnya. Tunjukkan kepada Kerajaan bahawa Ham Radio juga dapat berbakti kepada masyarakat bukan sekadar sembang-sembang saja di udara.

Bermula kerja-kerja kita ini setelah Kerajaan mengistiharkan banjir atau Bilik Gerakan Negeri di buka. Disamping itu juga Radio SRS dari Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional juga akan dijadikan sebagai back-up komunikasi. Mereka juga akan di arah untuk berada di lokasi-lokasi atau di pusat-pusat permindahan.

Sekian,

73, 9W2SYD

p/s: dipetik dari laman web ARKB

cherio...
73

17 November 2008

Minum-minum

Selesai kerja-kerja penyelenggaraan 9M4RDA pada jam 1700hrs, aku bersama 9W2SYD & 9W2ALI menuju ke Kedai Pokok Getah di Kubang Kerian, untuk sesi minum petang bersama beberapa rakan... Antara yg turut serta adalah 9W2ALQ, 9W2EPK, 9W2HKS & 9M2CIO...

9W2PKU yg berkebetulan melalui kawasan tersebut telah turut serta walaupun hanya sekadar untuk 5 minit... 9W2YGC, 9W2GGB & 9W2WAJ hadir sewaktu aku hendak berangkat balik.. terpaksa balik awal sebab masih belum solat asar... kalau tak, mmg aku akan lebih lama bersama rakan...

Seperti sebelum ni, kesilapan aku kerana tidak merakamkan gambar sesi tersebut walaupun kamera berada dlm poket aku... alahaiii...

cherio...
73

9M4RDA

Sedikit kerja-kerja penyelenggaraan repeater 9M4RDA telah dijalankan oleh 9W2SYD & 9W2ALI pada jam 1600hrs... aku telah berkesempatan untuk sama-sama memanjat puncak Menara PKINK ini petang tadi... kerja-kerja penyelenggaraan ini adalah sebagai persediaan menghadapi bencana banjir yg dijangka melanda negeri Kelantan...

Diberitakan, 9M4RDA akan digunakan sebagai repeater untuk menyalurkan maklumat banjir ke Bilik Gerakan Banjir di Bangunan SUK... beberapa rakan ham Kelantan juga diberitakan akan turut sama bertugas di Bilik Gerakan tersebut dlm menyediakan sokongan komunikasi menggunakan frekuensi amatur...

Sekadar rekod, sebelum terbinanya Kota Sri Mutiara dimana terletaknya Hotel Renaissance, Menara PKINK adalah bangunan tertinggi di bandar Kota Bharu...


9W2ALI

9W2SYD



Repeater, RX filter & power supply


RX Antenna

TX Antenna

Berlatarbelakangkan Jambatan Sultan Yahya Petra & Sungai Kelantan

cherio...
73

Selamat Harilahir

Pada 17 Nov, 34 tahun yg lalu aku telah selamat dilahirkan di rumah atuk aku di Kg Pasir Pekan... dan hari ini, 17 Nov 2008 aku menyambut ulangtahun kelahiran aku yang ke 34...

Beberapa ucapan selamat aku terima dari rakan-rakan termasuk rakan ham & rakan RC... sudah semestinya ucapan yg sama diterima dari isteri & anak-anak kesayangan aku...

Alhamdulillah... dalam menjalani kehidupan semalam ini, berbagai rintangan dan dugaan dapat aku hadapi dgn tenang... harapannya, dalam meneruskan kehidupan ini nanti, semua rintangan akan dapat aku hadapi dgn mudah dan tenang... InsyaAllah...

cherio...
73