Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

29 September 2009

NOAA-17

Imej pada jam 2244hrs... dirakam selama 14 minit...


cherio...
73

NOAA-15

Imej yg dirakam pada jam 1926hrs tadi, dari NOAA-15...


cherio...
73

NOAA-19

Imej dari NOAA-19... pertama kali decode...


cherio...
73

PCSAT

Masih tak berjaya hantar beacon ke PCSAT pagi ni... takpe, takpe... mlm karang, aku cuba lagi...

cherio...
73

28 September 2009

PCSAT (NO-44)

Cubaan pertama aku untuk menghantar beacon ke PCSAT mlm ni tak berjaya... tapi takpe, jam 11 mlm esok, aku akan cuba lagi.. kedudukan yg mungkin agak baik bagi aku, 50 degree elevation...

cherio...
73

NOAA-17

Sekali lagi berjaya mendapat imej dari NOAA-17 pada jam 2308hrs tadi... jgn tanya aku pasal ramalan cuaca, aku tak reti... aku cuma pandai terima imej je... hehe...


cherio...
73

NOAA-17

Imej yg aku terima dari NOAA-17 sebentar tadi...


cherio...
73

26 September 2009

Coretan Raya

23 Sept - kembali dari tugasan di saltmine... sampai dibase, sempat trigger ke NOAA17 & beacon ke ISS... terima isyarat dari 9M2CJ & E20YJC... sempat bertukar-tukar mesej dgn E20YJC...

Imej cuaca dari NOAA17



24 Sept - hari raya pertama untuk aku... pagi-tengahari, kerumah ibu saudara aku untuk majlis kahwin sepupu aku... 1430hrs menuju ke base 9W2CGC, kenduri kesyukuran perkahwinannya... tahniah CGC... semoga cepat beroleh cucu... hehe... dari base CGC, berangkat ke base 9W8RAK... rumah terbuka Akrab... terima kasih 9W8RAK & Akrab atas anjuran majlis rumah terbuka ni... harapnya, tahun depan, akan ada lagi majlis seperti ini... maaf, tiada imej untuk dipaparkan kerana aku tak bawa kamera... ARKB bila mau anjur majlis rumah terbuka?? dari base 9W8RAK, terus ke rumah mertua aku... malamnya, dalam perjalanan balik ke base, singgah beraya dirumah 9W2DZY... sampai dibase, sempat lagi menerima imej dari NOAA17...

Imej dari NOAA17

25 Sept - sekadar beraya ke rumah saudara mara... malamnya, jamuan keluarga di base aku...

cherio...
73

19 September 2009

Salam AidilFitri 1430H / 2009M


Sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, kini Syawal menjelma... InsyaAllah, doa dan harapan agar kita semua dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa demi Ramadhan tahun hadapan...

Salam AidilFitri buat semua rakan-rakan tak kira dimana jua anda berada... ampun dan maaf dipohon andai ada salah silap antara kita selama ini... semoga anda bergembira disamping keluarga di Hari Lebaran, hari kemenangan untuk kita semua...

Dengan tulus ikhlas,
Maaf Zahir & Batin...

9W2YON / Hasrul / aYon / Mamat


cherio...
73

16 September 2009

RAE 2009-2

16 September 2009

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2) throughout Malaysia on 16 December 2009. For further details and examination application form please click on the links below.

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2)

Application Form / Borang Permohonan

Sesiapa yg berminat, boleh menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 16 Okt 2009... RAE akan diadakan pada 16 Dis 2009...

cherio...
73

05 September 2009

Nuvi 255W

Rakan baru aku semasa memandu, Garmin Nuvi 255W... dah sebulan lebih aku memiliki GPS ni... sebelum ni mmg aku tak berminat dgn GPS tapi satu kejadian telah menyedarkan aku betapa GPS juga agak perlu dalam kehidupan sekarang...

Buat masa ni, 4 peta telah aku masukkan iaitu MFM, MSM, Garmin NT & City Navigator... dan aku juga dlm proses merekodkan jalan-jalan baru yg masih belum dipaparkan dlm peta... setakat ni, dah 5 jln baru yg aku rekodkan dan ada antaranya telah dikemaskinikan...



cherio...
73

Kontiku

Ni lah rupa kontiku yg baru... sejak berpindah ke base baru ni, satu bilik telah aku khaskan untuk menjadi kontiku... dari pengamatan aku, hanya kekurangan 1 alat aje lagi iaitu set HF... insyaAllah, mmg ada perancangan aku untuk memiliki 1 unit HF... mungkin Icom IC718 yg aku kira agak murah berbanding model lain...



cherio...
73

V88KAI

Terima beacon dari V88KAI melalui ISS... antara ham yg sentiasa menghantar beacon ke ISS... dihantar terus ke www.ariss.net melalui IGATE aku... satu beacon dari aku ke ISS masuk ke ariss.net melalui IGATE 9W2RUT...


cherio...
73

02 September 2009

APRS ke ISS

Sekali lagi aku berjaya hantar beacon APRS ke ISS tadi.. cuma tak kedengaran beacon dari 9W2RUT... aku juga terima msg melalui ISS daripada YB3ZLB...




cherio...
73