Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

Showing posts with label info semasa. Show all posts
Showing posts with label info semasa. Show all posts

13 November 2011

Kad Marshal

Dengan bayaran kursus RM400, selama 2 hari, akhirnya kad ini yang aku dapat...

Sebagai peringatan, kad ini tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada pemegangnya... Marshal hanya berfungsi bila sesuatu konvoi itu diiringi oleh pihak PDRM... dan fungsinya hanya sebagai sokongan dan bantuan kepada pihak PDRM dalam melancarkan perjalanan trafik konvoi, bukannya mengambil alih tugas PDRM... itu yang harus diingat...



skoda...
73

11 October 2011

Sijil

Terima kasih kepada penganjur, MARSHALL COMMUNITY CLUB, Maktab Teknik PDRM Muar & Cawangan Trafik IPK Kedah atas sokongan dan bantuan yang diberikan sepanjang kursus ini berjalan...


skoda...
73

28 August 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Salam Aidilfitri buat semua rakan yang mengenali... Ampun dan maaf dipohon atas segala kesilapan, terlanjur kata dan terkasar bahasa selama ini... Semoga kita semua bergembira dihari yang mulia ini...



skoda...
73

31 July 2011

Salam Ramadhan 1432H


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H buat semua warga radio amatur yang beragama Islam... semoga ibadah pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, insyaAllah...

skoda...
73

04 March 2011

Maulidur Rasul

Majlis Maulidur Rasul anjuran ARKB akan diadakan hari ini bertempat di PBSM Kota Bharu, Jalan Mahmood bermula jam 1900hrs... rakan-rakan yang berkesempatan, dijemput hadir...

cherio...
73

20 February 2011

Web ARKB

Adalah dimaklumkan, website ARKB tidak dapat dilayari buat sementara waktu atas sebab-sebab teknikal... dengan itu juga, senarai repeaters juga tidak dapat dimuat turun sehingga masalah ini diselesaikan oleh pihak admin website ARKB...

Sebarang kesulitan amat dikesali...

cherio...
73

22 August 2010

Majlis Berbuka Puasa

Satu majlis berbuka puasa anjuran ARKB akan diadakan pada 1 Sept 2010 bertempat di Restoran Ukir, Panji... kepada rakan ham yg berminat, bolehlah menghubungi 9w2JIT atau 9W2DDD di 9M4RDA untuk keterangan lanjut... bayaran RM16 dikenakan untuk seorang... tarikh tutup pengesahan kehadiran pada 28 Ogos 2010...

73
cherio...

01 July 2010

Perkhemahan Perdana PBSM Kelantan 2010

Aku telah terlibat dalam Perkhemahan Perdana PBSM Kelantan 2010 yang bertempat di Kem Pengakap Kok Keli dan telah dilantik sebagai Jurulatih Komunikasi bersama dengan 9W2KEY, 9W2JIT dan 9W2ALI... agak menyeronokkan melayan pelajar-pelajar sekolah yang berminat untuk mengetahui tentang penggunaan radio dua hala...






cherio...
73

17 February 2010

Jom ke Marikh


Aku akan ke Marikh tahun depan (2011)... oh yeahhhh.... hehe... mahu turut serta?? sila layari http://mars.jpl.nasa.gov/msl/participate/sendyourname/

note: info diperolehi dari blog 9W2PNH

cherio...
73

03 January 2010

9W2KEY Kemalangan - 4

9W2KEY telah keluar dari wad Melati tengahari tadi... sekarang berehat dirumahnya di Alor Bakat...


cherio...
73

31 December 2009

9W2KEY Kemalangan - 3



Status terkini 9W2KEY: Sudah sedarkan diri selepas pembedahan dan masih berada di Wad Melati, katil no 10, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu...

cherio...
73

9W2KEY Kemalangan - 2

9W2KEY selamat keluar dari dewan pembedahan tepat jam 2145hrs dan sekarang ditempatkan di Wad Melati, katil no 10, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu...

Semoga cepat sembuh KEY...



cherio...
73

30 December 2009

9W2KEY Kemalangan - 1

Adalah dimaklumkan bahawasanya 9W2KEY telah terlibat dlm kemalangan jalanraya pada pagi semalam (29/12/09) sewaktu dlm perjalanan ke pejabat... status terkini (30/12/09 @1900hrs), beliau berada di dewan bedah dlm usaha doktor untuk merawat kecederaan di matanya...

Sama-samalah kita berdoa semoga dia cepat pulih dari kecederaan...



cherio...
73

03 December 2009

Konvoi RAE 2009-2

Berikut adalah jadual konvoi silaturrahim RAE 2009-2 ke Kuala Terengganu... tarikh akhir pendaftaran kenderaan adalah pada 9 Dis 2009...


cherio...
73

22 November 2009

11 November 2009

Konvoi RAE 2009-2

Persatuan-persatuan radio amator negeri Kelantan pada dasarnya telah bersetuju untuk konvoi bersama-sama menuju ke Kuala Terengganu pada tarikh RAE 2009/02. Berikut adalah maklumat awal yang boleh dikongsikan bersama bagi tujuan tersebut.

Tarikh Akhir Lapor Kenderaan: 26 Nov. 2009
Masa Berkumpul: 8.00 pagi
Taklimat: 8.15 pagi
Bertolak: 8.30 pagi
Tarikh: 16 Dec. 2009
Tempat Berkumpul: Tapak Pasar Malam Tok Bali
Koordinator Konvoi: 9W2ZZD

Maklumat-maklumat terbaru akan di salurkan di 9M4RDA dan website ini (http://www.arkb.org.my). Harap maklum.

Dipetik dari laman web ARKB...

cherio...
73

26 September 2009

Coretan Raya

23 Sept - kembali dari tugasan di saltmine... sampai dibase, sempat trigger ke NOAA17 & beacon ke ISS... terima isyarat dari 9M2CJ & E20YJC... sempat bertukar-tukar mesej dgn E20YJC...

Imej cuaca dari NOAA17



24 Sept - hari raya pertama untuk aku... pagi-tengahari, kerumah ibu saudara aku untuk majlis kahwin sepupu aku... 1430hrs menuju ke base 9W2CGC, kenduri kesyukuran perkahwinannya... tahniah CGC... semoga cepat beroleh cucu... hehe... dari base CGC, berangkat ke base 9W8RAK... rumah terbuka Akrab... terima kasih 9W8RAK & Akrab atas anjuran majlis rumah terbuka ni... harapnya, tahun depan, akan ada lagi majlis seperti ini... maaf, tiada imej untuk dipaparkan kerana aku tak bawa kamera... ARKB bila mau anjur majlis rumah terbuka?? dari base 9W8RAK, terus ke rumah mertua aku... malamnya, dalam perjalanan balik ke base, singgah beraya dirumah 9W2DZY... sampai dibase, sempat lagi menerima imej dari NOAA17...

Imej dari NOAA17

25 Sept - sekadar beraya ke rumah saudara mara... malamnya, jamuan keluarga di base aku...

cherio...
73

05 September 2009

Nuvi 255W

Rakan baru aku semasa memandu, Garmin Nuvi 255W... dah sebulan lebih aku memiliki GPS ni... sebelum ni mmg aku tak berminat dgn GPS tapi satu kejadian telah menyedarkan aku betapa GPS juga agak perlu dalam kehidupan sekarang...

Buat masa ni, 4 peta telah aku masukkan iaitu MFM, MSM, Garmin NT & City Navigator... dan aku juga dlm proses merekodkan jalan-jalan baru yg masih belum dipaparkan dlm peta... setakat ni, dah 5 jln baru yg aku rekodkan dan ada antaranya telah dikemaskinikan...



cherio...
73

Kontiku

Ni lah rupa kontiku yg baru... sejak berpindah ke base baru ni, satu bilik telah aku khaskan untuk menjadi kontiku... dari pengamatan aku, hanya kekurangan 1 alat aje lagi iaitu set HF... insyaAllah, mmg ada perancangan aku untuk memiliki 1 unit HF... mungkin Icom IC718 yg aku kira agak murah berbanding model lain...



cherio...
73

31 August 2009

Majlis Berbuka Puasa

Alhamdulillah, senja tadi telah berlangsung satu majlis berbuka puasa anjuran ARKB... dan seramai 50 org warga ham termasuk keluarga yg telah turut serta... penyertaan ini termasuk dari rakan-rakan yg baru mendapat callsign...

Semoga acara ini dapat dijadikan acara tahunan ARKB, insyaAllah...

cherio...
73