Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

11 November 2009

Konvoi RAE 2009-2

Persatuan-persatuan radio amator negeri Kelantan pada dasarnya telah bersetuju untuk konvoi bersama-sama menuju ke Kuala Terengganu pada tarikh RAE 2009/02. Berikut adalah maklumat awal yang boleh dikongsikan bersama bagi tujuan tersebut.

Tarikh Akhir Lapor Kenderaan: 26 Nov. 2009
Masa Berkumpul: 8.00 pagi
Taklimat: 8.15 pagi
Bertolak: 8.30 pagi
Tarikh: 16 Dec. 2009
Tempat Berkumpul: Tapak Pasar Malam Tok Bali
Koordinator Konvoi: 9W2ZZD

Maklumat-maklumat terbaru akan di salurkan di 9M4RDA dan website ini (http://www.arkb.org.my). Harap maklum.

Dipetik dari laman web ARKB...

cherio...
73

24 October 2009

Kelas persediaan RAE 2009-2

Berikut adalah keputusan perbincangan yang telah dijalankan pada malam tadi. Perjalanan kelas ini adalah seperti berikut:

Hari: Setiap Jumaat dan Sabtu
Tarikh mula: 30 Okt, 2009
Masa: 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat: PBSM, Kota Bharu
Bayaran: RM50 / seorang + RM10 (Jika perlu)
Tarikh RAE: 16 Dec, 2009
Ketua Darjah: Pak Awie RELA

Sila maklumkan kepada rakan-rakan yang tidak hadir dalam perbincangan ini perkara tersebut. Segala pertanya sila berhubung dengan saya (9W2KEY) atau Cikgu Yoong (9W2YGC). Selain daripada itu, anda juga boleh berhubung dengan Ketua Darjah, iaitu Pak Awie RELA di talian 014-830 9849. Terima kasih.

Nota Kebersihan: Sila jaga kebersihan bilik Mesyuarat PBSM, MEROKOK ADALAH DILARANG di dalam kawasan PBSM. Kepada mereka yang merokok, sila pastikan putung dan abok rokok dibuang kedalam bekas yang akan disediakan oleh pihak PBSM. Terima kasih pihak PBSM kerana memberi kelonggaran ini. Hargailah kemudahan ini.

Dipetik dari laman ARKB.

cherio...
73

22 October 2009

NOAA-15

Imej dari NOAA-15 pada jam 1710hrs tadi... jangkaan kajicuaca, taufan baru akan melanda Kepulauan Luzon hari ni... tapi berdasarkan imej ni, takde pun kelibat ribut atau taufan... tak sampai lagi agaknya...


cherio...
73

05 October 2009

NOAA-19

2 imej dari NOAA-19, jam 1322hrs & 1506hrs...

kelihatan seperti ribut/taufan di utara & timur Philipina


awan tebal diselatan Laos & barat laut Sumatera

cherio...
73

03 October 2009

Subject: APRS Message from W6MSU-6
From: "OpenAPRS - APRS Message to Email Gateway"
Date: Sat, October 3, 2009 2:09 am
To: 9w2yon[at]arkb.org.my
Priority: Normal




73 from PCSAT!

----------------------------------------
Date : 2009-10-02 18:09:45 UTC
From : W6MSU-6
To : 9w2yon[at]arkb.org.my
IGATE : KD8CAO-3
-----------------------------------------
OpenAPRS.Net Message to Email Gateway
-----------------------------------------

Hebatt... email yg aku terima melalui APRS yang dihantar melalui PCSAT... takpe takpe.. aku akan cuba untuk mencapai PCSAT...

cherio...
73

Email

Email yg aku terima dari 2 orang rakan yg dapat menghantar beacon ke PCSAT...

Hello!,

Thank you for the inquiry. Satellite NO-44 has aged
beyond its useful life, and only comes around 3 times a
year when the orbits align in such a way as to provide
sunlight to the solar arrays to provide a sufficient charge.
The state of the electronics is extremely variable, but
sometimes setting ui-views unproto to "APRS via W3ADO-1"
will get you through.

It actually hears quite well (right to the horizon), but it must
be above 25 degrees elevation (for me) to decode
the packets properly.

GL.

73,
Guy - W6MSU

----------------------------------------------------------------------------------

Hello,

For ISS and PcSat I like to use UISS. If you are not tracking positions on
a map, I find UISS easier to use.

However UiView will also work. Simply change the unproto from ARISS to
W3ADO-1 and PcSat will respond if it is in strong sun.

I must point out that, unlike the radio on ISS that transmits with 10 watts
of power, PcSat is a very old satellite with bad batteries. For that reason
it will only operate when the satellite is in strong sun (near mid-day when
the solar panels are able to collect a lot of light)and the transmitter is
very weak (about 1/4 watt). Because PcSat is so weak, most SatGates will
not be able to hear it, so even if you do get PcSat to digipeat your
message, it is likely it will not be heard by a SatGate and gated to the
Internet. Here in the US I must hit PcSat with almost 20 messages before it
digipeats one that a SatGate will hear.

It will be a challenge, but it is possible and I hope you enjoy trying.

Best of 73s
Dale
W4AEJ

Mmg ianya satu cabaran bagi aku untuk menghantar & menerima beacon dari PCSAT... walau apapun, aku akan tetap mencuba hingga berjaya...

cherio...
73

29 September 2009

NOAA-17

Imej pada jam 2244hrs... dirakam selama 14 minit...


cherio...
73

NOAA-15

Imej yg dirakam pada jam 1926hrs tadi, dari NOAA-15...


cherio...
73

NOAA-19

Imej dari NOAA-19... pertama kali decode...


cherio...
73

PCSAT

Masih tak berjaya hantar beacon ke PCSAT pagi ni... takpe, takpe... mlm karang, aku cuba lagi...

cherio...
73

28 September 2009

PCSAT (NO-44)

Cubaan pertama aku untuk menghantar beacon ke PCSAT mlm ni tak berjaya... tapi takpe, jam 11 mlm esok, aku akan cuba lagi.. kedudukan yg mungkin agak baik bagi aku, 50 degree elevation...

cherio...
73

NOAA-17

Sekali lagi berjaya mendapat imej dari NOAA-17 pada jam 2308hrs tadi... jgn tanya aku pasal ramalan cuaca, aku tak reti... aku cuma pandai terima imej je... hehe...


cherio...
73

NOAA-17

Imej yg aku terima dari NOAA-17 sebentar tadi...


cherio...
73

26 September 2009

Coretan Raya

23 Sept - kembali dari tugasan di saltmine... sampai dibase, sempat trigger ke NOAA17 & beacon ke ISS... terima isyarat dari 9M2CJ & E20YJC... sempat bertukar-tukar mesej dgn E20YJC...

Imej cuaca dari NOAA17



24 Sept - hari raya pertama untuk aku... pagi-tengahari, kerumah ibu saudara aku untuk majlis kahwin sepupu aku... 1430hrs menuju ke base 9W2CGC, kenduri kesyukuran perkahwinannya... tahniah CGC... semoga cepat beroleh cucu... hehe... dari base CGC, berangkat ke base 9W8RAK... rumah terbuka Akrab... terima kasih 9W8RAK & Akrab atas anjuran majlis rumah terbuka ni... harapnya, tahun depan, akan ada lagi majlis seperti ini... maaf, tiada imej untuk dipaparkan kerana aku tak bawa kamera... ARKB bila mau anjur majlis rumah terbuka?? dari base 9W8RAK, terus ke rumah mertua aku... malamnya, dalam perjalanan balik ke base, singgah beraya dirumah 9W2DZY... sampai dibase, sempat lagi menerima imej dari NOAA17...

Imej dari NOAA17

25 Sept - sekadar beraya ke rumah saudara mara... malamnya, jamuan keluarga di base aku...

cherio...
73

19 September 2009

Salam AidilFitri 1430H / 2009M


Sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, kini Syawal menjelma... InsyaAllah, doa dan harapan agar kita semua dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa demi Ramadhan tahun hadapan...

Salam AidilFitri buat semua rakan-rakan tak kira dimana jua anda berada... ampun dan maaf dipohon andai ada salah silap antara kita selama ini... semoga anda bergembira disamping keluarga di Hari Lebaran, hari kemenangan untuk kita semua...

Dengan tulus ikhlas,
Maaf Zahir & Batin...

9W2YON / Hasrul / aYon / Mamat


cherio...
73

16 September 2009

RAE 2009-2

16 September 2009

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2) throughout Malaysia on 16 December 2009. For further details and examination application form please click on the links below.

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2)

Application Form / Borang Permohonan

Sesiapa yg berminat, boleh menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 16 Okt 2009... RAE akan diadakan pada 16 Dis 2009...

cherio...
73

05 September 2009

Nuvi 255W

Rakan baru aku semasa memandu, Garmin Nuvi 255W... dah sebulan lebih aku memiliki GPS ni... sebelum ni mmg aku tak berminat dgn GPS tapi satu kejadian telah menyedarkan aku betapa GPS juga agak perlu dalam kehidupan sekarang...

Buat masa ni, 4 peta telah aku masukkan iaitu MFM, MSM, Garmin NT & City Navigator... dan aku juga dlm proses merekodkan jalan-jalan baru yg masih belum dipaparkan dlm peta... setakat ni, dah 5 jln baru yg aku rekodkan dan ada antaranya telah dikemaskinikan...



cherio...
73

Kontiku

Ni lah rupa kontiku yg baru... sejak berpindah ke base baru ni, satu bilik telah aku khaskan untuk menjadi kontiku... dari pengamatan aku, hanya kekurangan 1 alat aje lagi iaitu set HF... insyaAllah, mmg ada perancangan aku untuk memiliki 1 unit HF... mungkin Icom IC718 yg aku kira agak murah berbanding model lain...



cherio...
73

V88KAI

Terima beacon dari V88KAI melalui ISS... antara ham yg sentiasa menghantar beacon ke ISS... dihantar terus ke www.ariss.net melalui IGATE aku... satu beacon dari aku ke ISS masuk ke ariss.net melalui IGATE 9W2RUT...


cherio...
73

02 September 2009

APRS ke ISS

Sekali lagi aku berjaya hantar beacon APRS ke ISS tadi.. cuma tak kedengaran beacon dari 9W2RUT... aku juga terima msg melalui ISS daripada YB3ZLB...




cherio...
73