Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

17 April 2010

Helikopter

Penangan angin lintang di Tok Bali petang tadi... heh




cherio...
73

09 April 2010

Angan-Angan

Thunder Tiger Mini Titan E325 aku akan menjadi AirWolf dalam masa 6 bulan... insyaAllah...





cherio...
73

Hobi Baru

Hobi baru aku sekarang, main helikopter RC... semuanya bermula pada 3 minggu lepas bila aku mula beli helikopter RC 3ch di Tesco... dah main yg murah tu, mula la rasa tak stabil, tak syok dan macam-macam tak lagi laa... terus aku order yg lain, Thunder Tiger Mini Titan E325... semalam baru siap setting & testing... petang ni harapnya dapat terbang di Tok Bali Flying Site...

Satu perkara yg harus diakui... setiap hobi, apa saja hobi akan melibatkan modal yg agak besar...

Heli pertama & kedua


Heli terbaru


cherio...
73

25 February 2010

Maulidur Rasul 1431H


Kisah kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w:

- Mengikut pendapat yang sahih, ibu baginda Aminah binti Wahab telah mengandung dalam masa 9 bulan.
- Berkata Ibn Al Jauzi : Aminah telah berkata ketika beliau mengandung Rasulullah s.a.w “Saya tidak merasakan saya ini sedang hamil, juga tidak merasa berat seperti yang dirasakan oleh semua wanita yang sedang hamil, namun saya merasa syak wasangka kerana haid saya tidak datang, setelah itu datanglah seseorang kepadaku pada waktu ku dalam keadaan tidur dan terjaga lalu dia berkata:”apakah engkau merasakan bahawa dirimu sedang hamil? Aku menjawab: Tidak tahu. Dia berkata lagi: "sesungguhnya kamu telah mengandungkan bayi yang akan menjadi pemimpin dan nabi umat ini, waktu itu adalah hari Isnin"
- Semasa Aminah melahirkan Nabi Muhammad s.a.w beliau telah melihat cahaya keluar dari dirinya yang dapat menyinari bumi Syam.
- Berkata Ibn Al jauzi : Muhammad bin Sa’ad telah meriwayatkan dari segolongan ahli ilmu bahawa Aminah telah menceritakan bahawa ketika baginda s.a.w lahir baginda jatuh ke tanah dengan bersandarkan pada kedua tangannya.
- Berkata Ikrimah: Aku melihat bayi tersebut (Muhammad s.a.w) pada waktu itu matanya terbuka dan melihat ke langit.
- Berkata Abbas bin Abdul Mutallib : Rasulullah s.a.w dilahirkan dalam keadaan telah berkhatan dan telah dipotong tali pusatnya.
- Sebelum kelahiran Nabi s.a.w, api yang disembah oleh penganut agama Majusi telah terpadam dengan tiba-tiba serta gereja-gereja di sekitar tasik sawah juga turut runtuh.
- Diceritakan bahawa iblis telah berteriak dengan empat kali teriakan:
1. Dia berteriak pada waktu Allah melaknat dan mengusirnya.
2. Dia bereteriak pada waktu dihalau dan diturunkan dari Syurga.
3. Dia berteriak pada waktu lahirnya Nabi Muhammad s.a.w.
4. Dia berteriak ketika surah AL Fatihah diturunkan.


cherio...
73

17 February 2010

Jom ke Marikh


Aku akan ke Marikh tahun depan (2011)... oh yeahhhh.... hehe... mahu turut serta?? sila layari http://mars.jpl.nasa.gov/msl/participate/sendyourname/

note: info diperolehi dari blog 9W2PNH

cherio...
73

13 February 2010

Selamat Tahun Baru Cina


Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakan Ham Malaysia yg berbangsa Cina... semoga Tahun Baru ini lebih membawa kebahagiaan buat anda sekeluarga...

cherio...
73

09 February 2010

RAE 2009/2

Keputusan RAE sesi 2/2009 telah pun dikeluarkan... anda boleh semak di laman http://rae.skmm.gov.my. Tahniah pada yg berjaya dan jgn putus asa pada yg gagal... gagal sekali tak bererti akan gagal untuk selamanya...

Juga tahniah pada rakan saltmine aku iaitu Mazlan, Rozmadi & Redzo atas kejayaan dlm RAE... selamat meneroka ruang angkasa Radio Amatur dan semoga anda menikmati keunikan komuniti Radio Amatur...

cherio...
73

23 January 2010

Takziah


Takziah buat seluruh rakyat Negeri Johor umumnya dan rakan Ham Negeri Johor khasnya diatas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada jam 1915hrs semalam (22 Jan 2010)...

Semoga roh Almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...

Alfatihah...

cherio...
73

22 January 2010

CW & RAE 2010-1

MCMC telah mengeluarkan notis ujian CW & RAE untuk siri pertama tahun 2010... bagi sesiapa yg berminat untuk menjadi 9M atau 9W, bolehlah menghantar borang permohonan yg boleh didapati dilaman MCMC...

Cuma tak pasti, kenapa RAE untuk siri 2010-1 ini, hanya dijalankan di 2 wilayah shj iaitu Tengah & Utara... mungkin wilyah lain diperuntukkan dalam siri 2010-2??

Notis CW & RAE
Borang permohonan


cherio...
73

18 January 2010

APRS


Satu tembakan yg tepat ke ISS setelah agak lama tidak ke lapang sasar untuk menembak...

cherio...
73

03 January 2010

9W2KEY Kemalangan - 4

9W2KEY telah keluar dari wad Melati tengahari tadi... sekarang berehat dirumahnya di Alor Bakat...


cherio...
73

01 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010M


Selamat Tahun Baru 2010M kepada semua warga Ham seluruh Malaysia... semoga hidup anda akan sentiasa ceria...

cherio...
73

31 December 2009

9W2KEY Kemalangan - 3



Status terkini 9W2KEY: Sudah sedarkan diri selepas pembedahan dan masih berada di Wad Melati, katil no 10, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu...

cherio...
73

9W2KEY Kemalangan - 2

9W2KEY selamat keluar dari dewan pembedahan tepat jam 2145hrs dan sekarang ditempatkan di Wad Melati, katil no 10, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu...

Semoga cepat sembuh KEY...



cherio...
73

30 December 2009

9W2KEY Kemalangan - 1

Adalah dimaklumkan bahawasanya 9W2KEY telah terlibat dlm kemalangan jalanraya pada pagi semalam (29/12/09) sewaktu dlm perjalanan ke pejabat... status terkini (30/12/09 @1900hrs), beliau berada di dewan bedah dlm usaha doktor untuk merawat kecederaan di matanya...

Sama-samalah kita berdoa semoga dia cepat pulih dari kecederaan...



cherio...
73

17 December 2009

Maal Hijrah 1431H


Salam Maal Hijrah 1431H buat semua warga Ham yg beragama Islam... semoga kedatangan tahun baru Hijrah ini lebih memberi makna kepada kehidupan anda sekeluarga...

cherio...
73

16 December 2009

RAE 2009-02

Semoga berjaya kepada semua rakan yg akan menduduki RAE pada hari ini, termasuklah XYL aku... doa dan harapan kami rakan-rakan Ham sentiasa untuk anda...

cherio...
73

03 December 2009

Konvoi RAE 2009-2

Berikut adalah jadual konvoi silaturrahim RAE 2009-2 ke Kuala Terengganu... tarikh akhir pendaftaran kenderaan adalah pada 9 Dis 2009...


cherio...
73

26 November 2009

Salam AidilAdha 1430H/2009M


Salam AidilAdha buat semua rakan Ham... dan selamat menjalani ibadah korban... insyaAllah, aku juga akan turut menyertai ibadah korban, 1 bahagian untuk aku & 1 bahagian untuk isteri aku...

cherio...
73

22 November 2009