Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

01 July 2010

Perkhemahan Perdana PBSM Kelantan 2010

Aku telah terlibat dalam Perkhemahan Perdana PBSM Kelantan 2010 yang bertempat di Kem Pengakap Kok Keli dan telah dilantik sebagai Jurulatih Komunikasi bersama dengan 9W2KEY, 9W2JIT dan 9W2ALI... agak menyeronokkan melayan pelajar-pelajar sekolah yang berminat untuk mengetahui tentang penggunaan radio dua hala...






cherio...
73

Konvoi RAE 2010/02

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik Kota Bharu - UMT - Kota Bharu sempena konvoi RAE 2010/02 telah berjalan dengan lancar dan selamat... terima kasih kepada semua peserta konvoi yang memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur untuk menguruskan perjalanan ini yang melibatkan 30 buah kenderaan...

Dan buat rakan yang menduduki RAE, selamat maju jaya buat anda dan semoga anda semua lulus dalam RAE...









cherio...
73

27 June 2010

RAE 2010/02

Kelas persediaan RAE terakhir untuk bakal-bakal Ham anjuran ARKB & PBSM telah diadakan pada 27 Jun malam yg lalu... Alhamdulillah, sebanyak 12 kelas persediaan berjaya diadakan secara keseluruhannya... Semoga bakal Ham ini akan berjaya dalam RAE pada 30 Jun nanti...






cherio...
73

13 June 2010

Tok Bali Fun Fly 2010

Alhamdulillah, Tok Bali Fun Fly berjalan seperti yg dirancangkan... seramai 30 juruterbang RC hadir termasuk dari Terengganu, Kuala Lumpur, Kedah & Johor... terima kasih kepada semua yg turut menjayakan acara ini... insyaAllah, tahun depan akan diadakan lagi...



cherio...
73

13 May 2010

Align T-Rex 600 Nitro LE

Koleksi terbaru aku... harap-harap dgn heli ni, aku tak crash...




cherio...
73

08 May 2010

Kelas Persediaan RAE 2010/02

Kelas persediaan untuk RAE 2010/02 telah ditetapkan untuk bermula pada 14 Mei 2010 bertempat di PBSM Kota Bharu (N6 07.303 E102 14.477)... kelas akan berjalan selama 14 kali, pada setiap hari Jumaat & Sabtu malam... bayaran RM50 dikenakan kepada yang berminat untuk menghadiri kelas tersebut...

Kepada yang berminat, bolehlah hadirkan diri pada hari pertama kelas tersebut untuk pendaftaran. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 9W2KEY di alamat email 9w2key@amsat.org


cherio...
73

07 May 2010

Tok Bali Fun Fly

Satu Fun Fly akan diadakan di Tok Bali Flying Field (N5.84808° E102.43358°) pada 12 Jun 2010... semua peminat RC dijemput hadir...


cherio...
73

Terhempas


Pagi semalam, sekali lagi heli aku terhempas... entah macamana aku boleh hilang kawalan dan heli aku merempuh semak... adeih... memang terbukti, heli kecik ni liar dan agak susah untuk dikawal bagi orang baru seperti aku...

Jadi, nak tak nak, aku terpaksa beli heli baru kalau aku nak memahirkan pemanduan aku... dan tentunya aku terpaksa beli heli yang saiznya lebih besar... satu keputusan telah dibuat, heli yang akan menjadi pilihan aku Align Trex 600 LE nitro... harga?? no comment...



cherio...
73

04 May 2010

RAE 2010/02

Perjumpaan RAE 2010/02

Perhatian, kepada semua calon dari Pantai Timur yang berminat untuk menyertai Kelas Persediaan RAE 2010/02 anjuran ARKB dan PBSM Cawangan Kota Bharu, dijemput untuk hadir ke sesi Perjumpaan RAE 2010/02 seperti berikut:

Tempat: PBSM Cawangan Kota Bharu (Berhadapan Hotel Perdana)
Tarikh: 7hb Mei, 2010
Jam: 9.00 Malam

Perjumpaan ini adalah penting, untuk membincangan beberapa perkara yang berkaitan tentang kelas tersebut. Antaranya adalah:-
1. Bila kelas bermula?
2. Berapa kali seminggu?
3. Dari jam berapa hingga ke jam berapa?
4. Berapa bayaran yang dikenakan?
5. Perlantikkan Ketua Kelas
6. Sesi perkenalan
7. Sesi Pendaftaran Pelajar
8. Tarikh tutup pendaftaran pelajar dan lain-lain perkara yang berbangkit.

Kepada yang berminat sila hadir dan kepada yang mengetahui ada rakan-rakan baru yang ingin menduduki peperiksaan ini bolehlah menyampaikan dan memanjang-manjangkan pengumuman ini kepada merek. Maklumat lanjut tentang perjalanan kelas ini sila pantau dan monitor di 9M4RDA 147.650 -600 Tone 203.5Hz dan website ini. Harap maaf, saya tidak galakkan anda menghubungi saya melalui talian handphone, ini kerana kadang-kadang saya agak sibuk dengan kerja harian saya. Saya galakkan anda menghubungi saya melalui email saya iaitu 9w2key@amsat.org atau pun di Facebook. Email untuk Facebook saya adalah abe_key@yahoo.com

Sekian terima kasih dan harap maklum. de 9W2KEY 73


** Dipetik dari laman web ARKB


cherio...
73

17 April 2010

Helikopter

Penangan angin lintang di Tok Bali petang tadi... heh




cherio...
73

09 April 2010

Angan-Angan

Thunder Tiger Mini Titan E325 aku akan menjadi AirWolf dalam masa 6 bulan... insyaAllah...





cherio...
73

Hobi Baru

Hobi baru aku sekarang, main helikopter RC... semuanya bermula pada 3 minggu lepas bila aku mula beli helikopter RC 3ch di Tesco... dah main yg murah tu, mula la rasa tak stabil, tak syok dan macam-macam tak lagi laa... terus aku order yg lain, Thunder Tiger Mini Titan E325... semalam baru siap setting & testing... petang ni harapnya dapat terbang di Tok Bali Flying Site...

Satu perkara yg harus diakui... setiap hobi, apa saja hobi akan melibatkan modal yg agak besar...

Heli pertama & kedua


Heli terbaru


cherio...
73

25 February 2010

Maulidur Rasul 1431H


Kisah kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w:

- Mengikut pendapat yang sahih, ibu baginda Aminah binti Wahab telah mengandung dalam masa 9 bulan.
- Berkata Ibn Al Jauzi : Aminah telah berkata ketika beliau mengandung Rasulullah s.a.w “Saya tidak merasakan saya ini sedang hamil, juga tidak merasa berat seperti yang dirasakan oleh semua wanita yang sedang hamil, namun saya merasa syak wasangka kerana haid saya tidak datang, setelah itu datanglah seseorang kepadaku pada waktu ku dalam keadaan tidur dan terjaga lalu dia berkata:”apakah engkau merasakan bahawa dirimu sedang hamil? Aku menjawab: Tidak tahu. Dia berkata lagi: "sesungguhnya kamu telah mengandungkan bayi yang akan menjadi pemimpin dan nabi umat ini, waktu itu adalah hari Isnin"
- Semasa Aminah melahirkan Nabi Muhammad s.a.w beliau telah melihat cahaya keluar dari dirinya yang dapat menyinari bumi Syam.
- Berkata Ibn Al jauzi : Muhammad bin Sa’ad telah meriwayatkan dari segolongan ahli ilmu bahawa Aminah telah menceritakan bahawa ketika baginda s.a.w lahir baginda jatuh ke tanah dengan bersandarkan pada kedua tangannya.
- Berkata Ikrimah: Aku melihat bayi tersebut (Muhammad s.a.w) pada waktu itu matanya terbuka dan melihat ke langit.
- Berkata Abbas bin Abdul Mutallib : Rasulullah s.a.w dilahirkan dalam keadaan telah berkhatan dan telah dipotong tali pusatnya.
- Sebelum kelahiran Nabi s.a.w, api yang disembah oleh penganut agama Majusi telah terpadam dengan tiba-tiba serta gereja-gereja di sekitar tasik sawah juga turut runtuh.
- Diceritakan bahawa iblis telah berteriak dengan empat kali teriakan:
1. Dia berteriak pada waktu Allah melaknat dan mengusirnya.
2. Dia bereteriak pada waktu dihalau dan diturunkan dari Syurga.
3. Dia berteriak pada waktu lahirnya Nabi Muhammad s.a.w.
4. Dia berteriak ketika surah AL Fatihah diturunkan.


cherio...
73

17 February 2010

Jom ke Marikh


Aku akan ke Marikh tahun depan (2011)... oh yeahhhh.... hehe... mahu turut serta?? sila layari http://mars.jpl.nasa.gov/msl/participate/sendyourname/

note: info diperolehi dari blog 9W2PNH

cherio...
73

13 February 2010

Selamat Tahun Baru Cina


Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakan Ham Malaysia yg berbangsa Cina... semoga Tahun Baru ini lebih membawa kebahagiaan buat anda sekeluarga...

cherio...
73

09 February 2010

RAE 2009/2

Keputusan RAE sesi 2/2009 telah pun dikeluarkan... anda boleh semak di laman http://rae.skmm.gov.my. Tahniah pada yg berjaya dan jgn putus asa pada yg gagal... gagal sekali tak bererti akan gagal untuk selamanya...

Juga tahniah pada rakan saltmine aku iaitu Mazlan, Rozmadi & Redzo atas kejayaan dlm RAE... selamat meneroka ruang angkasa Radio Amatur dan semoga anda menikmati keunikan komuniti Radio Amatur...

cherio...
73

23 January 2010

Takziah


Takziah buat seluruh rakyat Negeri Johor umumnya dan rakan Ham Negeri Johor khasnya diatas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada jam 1915hrs semalam (22 Jan 2010)...

Semoga roh Almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...

Alfatihah...

cherio...
73

22 January 2010

CW & RAE 2010-1

MCMC telah mengeluarkan notis ujian CW & RAE untuk siri pertama tahun 2010... bagi sesiapa yg berminat untuk menjadi 9M atau 9W, bolehlah menghantar borang permohonan yg boleh didapati dilaman MCMC...

Cuma tak pasti, kenapa RAE untuk siri 2010-1 ini, hanya dijalankan di 2 wilayah shj iaitu Tengah & Utara... mungkin wilyah lain diperuntukkan dalam siri 2010-2??

Notis CW & RAE
Borang permohonan


cherio...
73

18 January 2010

APRS


Satu tembakan yg tepat ke ISS setelah agak lama tidak ke lapang sasar untuk menembak...

cherio...
73

03 January 2010

9W2KEY Kemalangan - 4

9W2KEY telah keluar dari wad Melati tengahari tadi... sekarang berehat dirumahnya di Alor Bakat...


cherio...
73