Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

29 September 2008

Eyeball Colek Ramadhan 1429H/2008M



Alhamdulillah, mlm tadi telah berlangsung dgn jayanya majlis eyeball makan colek di Pasir Puteh... hampir 110 org ham hadir menjayakan majlis makan colek tersebut... aku org yg ke 46 mendaftar di majlis tersebut... heh...

Terima kasih pada Putra kerana sudi menjemput aku & rakan-rakan ham yg lain ke Pasir Puteh untuk makan colek... harap-harap tahun depan, ada lagi majlis makan colek ni... hehehe...

cherio...
73

27 September 2008

Eyeball Colek Ramadhan 1429H/2008M

Kelab Pemancar dan Rekreasi Pasir Puteh (PUTRA) akan mengadakan satu program eyeball yang mana bertujuan mengumpul semua rakan radio amatur dari daerah Pasir Puteh serta dari seluruh daerah di negeri Kelantan dan juga yang bakal pulang dari perantauan untuk berhari raya di kampung halaman.

Program eyeball ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh rakan radio amatur Pasir Puteh dan pada tahun ini, program ini merupakan aktiviti Kelab PUTRA yang ke 2, setelah Kelab Pemancar dan Rekreasi Pasir Puteh (PUTRA) ditubuhkan. Untuk itu, semua ahli Kelab PUTRA dan seluruh rakan radio amatur dari negeri Kelantan khususnya dan rakan radio di sekitar (Besut dan Setiu) dijemput hadir ke majlis tersebut sebagaimana berikut:

Tarikh: 28 September 2008 / 28 Ramadhan 1429H
Masa: 9.30 malam
Bertempat di: Hasrat Servis ( Tempat Basuh Kereta - Cikgu Lan)

Semoga dengan kehadiran semua rakan radio amatur, akan memeriahkan lagi program Eyeball Ramadhan pada tahun ini.

...............ikhlas dari Presiden.............

p/s: dipetik dari laman blog PUTRA

cherio...
73

Contact Perdana

27 Sept 2008, 1515hrs - contact perdana di daratan dengan 9W2ZWI & 9W2NET... kebetulan aku monitor QSO mereka berdua di 9M4RDA & V40, langsung aku terus ke lokasi dimana mereka berdua ingin berjumpa...

cherio...
73

Contact Perdana

26 Sept 2008, 1400hrs - contact perdana di daratan dengan 9W2ZGM... kebetulan dia datang ke rumah kakaknya di kampung sebelah kampung aku... sewaktu aku balik dari masjid lepas solat Jumaat, ternampak satu kereta dengan antenna di bonet... intai punya intai, nampak la callsign... apa lagi, aku tunggu dekat kereta dia tu sampai la dia muncul... hehe... dapat juga aku jumpa dengan dia selepas 2-3 kali tergendala...

26 Sept 2008, 2145hrs - contact perdana di daratan dengan 9W2SYS... sesi makan "colek" di Wakaf Bharu... turut serta 9W2YGC, 9W2HKS, 9W2DCC & 9W2DYD...

ok la tu...dapat juga aku kenal 2 rakan ham baru di daratan tadi... ramai lagi rakan ham di Kelantan amnya, di Kota Bharu khasnya yang belum pernah aku jumpa didaratan... insyaAllah, ada rezeki dapat jumpa korang semua nanti...

cherio...
73

25 September 2008

Tahniah


Sekalung ucapan tahniah buat 9W2HKS diatas kelahiran cahayamata lelaki pada jam 1440hrs tadi... alhamdulillah, bertambah sorang lagi umat Muhammad dan bakal rakan ham 14 tahun lagi, insyaAllah...

cherio...
73

Salam Aidilfitri

Rasanya tidak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat rakan-rakan ham, rakan-rakan Torncity juga buat semua rakan-rakan yang mengenali aku... Ampun dan maaf dipohon andai ada kesilapan tutur kata dan perbuatan selama korang mengenali aku...

Harapan aku semoga sinar Aidilfitri yang akan menyinari korang pada tahun ini membawa kebahagiaan dunia dan akhirat buat korang semua...

Salam Aidilfitri buat semua...

cherio...
73

24 September 2008

Mega Eyeball Raya Rakan Ham/Komersial Kelantan 2008

Ahli Jawantankuasa, Gabungan Kelab Radio Amatur dan Kelab Radio Komersial seluruh negeri kelantan, menjemput dengan penuh hormatnya.. semua warga HAM/rakan Komersial untuk menghadiri satu majlis Mega Eyeball Raya seperti mana berikut:-

Tarikh : 11 Oktober 2008 / 11 Syawal 1429
Masa : 9.00 hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Bahagian Tekonologi Pendidikan Negeri (BTPN) Kelantan, Pengkalan Chepa
(Saltmine : 9w2 RCM - Pak Su Ie)

Sila berhubung dengan AJK Kelab masing-masing untuk pegesahan Kehadiran, sebelum 8 Oktober 2008

Program ini julung-julung kali dirancangkan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di anatar seluruh warga HAM khususnya di negeri Kelantan, memberi peluang untuk beramah mesra dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Anjuran Bersama : ASTRA (Caw Kelantan), ARKB, AKRAB, AREC-TMJ, COBRA, PERAGA, PUTRA, KELTRA, RESK, AVALANCHE, 4x4 RTM, LIPAN BARA, STK, AB, SRS

SU JK Gabungan
9W2 PKU (Pak Ku Mie)


Klik untuk surat jemputan

p/s: dipetik dari laman Blog Akrab

cherio...
73

Kad Raya

Kejutan... bila aku sampai kat rumah petang tadi, XYL aku menghulurkan 1 kad raya yang dialamatkan pada aku... kejutannya, kad tersebut datangnya dari "orang kuat" Kedai SCS... terima kasih kepada Dato' Mohd Nazli (9W2SLC) atas kiriman kad raya tersebut...

Selamat Hari Raya juga untuk anda Dato'... insyaAllah, bila saya memerlukan sesuatu barangan nanti, saya akan hubungi Dato' untuk urusan seterusnya...



cherio...
73

23 September 2008

Rakan Saltmine

Rakan ham yang sama saltmine dengan aku...

Dari kiri: 9W2TKG, 9W2AHP, 9W2TLG

9W2WJB

9W2YNN

9W2BDN

cherio...
73

19 September 2008

Ulasan - FD-150A

Product Description »
Functions and Features:

VHF(136-174Mhz)
Communication Range: 3-5km(Downtown), 6-20km(In the Open Area)

99Channels.
25Khz/12.5Khz Compatibility

CTCSS/DCS Built-in
50groups of CTCSS and 104 groups of DCS

Hi/Ll power select(1W~5W)
Standby time: 120hr

Adjustable squelch level: 0~9

Computer/manual programmed
Made in China


Klik sini untuk lebih lanjut

p/s: Mungkin sesuai untuk beginner, lagipun harganya di eBay baru RM180 termasuk shipping... 9W2AZX dah pakai handy ni... ada komen dari anda 9W2AZX??

cherio...
73

Andr-A

Andr-A, dihubungkan dengan Anpg-A melalui jambatan 70m

cherio...
73

17 September 2008

Tip

Aku dapat mail tentang tip untuk mengejutkan orang bersahur... memandangkan kita masih dlm bulan Ramadhan, aku ingin kongsi dgn rakan-rakan... mana la tahu kan, boleh dipraktikkan... heh

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya:
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada effect:
1. jerit nama dia kuat kuat...

2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak:
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir:
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya

cherio...
73

16 September 2008

Asas Pengendalian Radio Amatur



Sedikit panduan dari rakan ham kepada semua rakan ham lain.

Berikut saya paparkan disini tulisan mengenai Asas Pengendalian Radio (QSO) untuk dikaji dan diperbetulkan. Serba sedikit adalah dari pengalaman dan beberapa bahan rujukan serta diterjemahkan mengikut kesesuaian. Mohon rakan-rakan semua sudi memberi komen atau pembetulan jika ada kesalahan atau kesilapan, saya dahului dengan jutaan terima
kasih.

Terbahagi kepada 7 bahagian:

1. Asas Pengendalian
2. Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
3. Panggilan Pertama
4. Menjawab Panggilan
5. Panggilan Terus
6. Memanggil CQ untuk membuat panggilan
7. Menjawab Panggilan CQ

1. Asas Pengendalian
Anda telah mempunyai lesen dan bersedia untuk ke udara. Perkara penting yang perlu anda lakukan pada permulaannya ialah mendengar dan memerhati bagaimana rakan-rakan ham membuat panggilan mereka. Memandangkan ianya terdiri dari berbagai "Mode" dan "Band" dengan pendekatan yang agak berbeza, ianya akan membantu jika anda biasa mendengar pelbagai keadaan atau cara sebelum anda membuat panggilan pertama atau "Kontek Perdana".

Bergantung kepada radio dan lesen yang anda miliki untuk membuat keputusan dan bagaimana anda hendak memulakannya. Jika anda menggunakan Radio Bimbit (Handy Talkie), anda boleh mula berkomunikasi melalui Pancar Ulang (Repeater) atau terus kepada rakan yang lain (Simplex) di band VHF, UHF dan HF mengikut frekuansi yang telah di peruntukan.

2. Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
Kebanyakan rakan Radio Amatur yang baru mendapat Lesen dalam Kelas B dengan "Suffix" 9W. Pada peringkat ini untuk berkomunikasi lebih jauh, yang paling asas ialah menggunakan Radio Bimbit melalui Pancar Ulang tempatan. Anggaplah anda telah mempunyai Radio Bimbit yang telah dipasangkan (Setting) dengan Frekuansi memancar (Uplink) dan menerima (Downlink) "Offset" serta "CTCSS Tone" yang betul, anda telah bersedia untuk membuat panggilan yang pertama.

Ia mungkin nampak senang dan ringkas tapi anda harus tahu Tanda Panggilan (CallSign) sebelum memulakannya. Perkara yang sebaiknya anda buat ialah meneliti sebutan 'Phonetics' jika rakan yang menerima nanti minta anda menerangkan satu persatu ejaan Tanda Panggilan (CallSign) anda. Contoh: 9W2BBA ejaan 'Phonetics' ialah NINE WISHKEY TWO BRAVO BRAVO ALPHA.

3. Panggilan Pertama
Untuk panduan ini anggaplah anda berada di Semananjung Malaysia iaitu dengan Tanda Panggilan bermula dengan 9W2 dan mggunakan Pancar Ulang yang boleh dijangkau untuk kawasan tersebut. Kawasan seperti Lembah Klang dan yang berada dalam liputan Pancar Ulang.

1. Tekan butang PTT (Push To Talk) di Radio Bimbit anda dan sebut contohnya "9W2BBA mendengar" anda hendaklah menggunakan Tanda Panggilan (CallSign) anda sendiri.
** "9W2BBA listening"

Itu yang perlu anda buat untuk mendapatkan jawapan. Jika tiada apa-apa jawapan dalam masa yang lama. Anda mungkin cuba memanggil lagi sekali, tapi kali ini dengan menyebut "9W2BBA memantau dan mendengar panggilan".
** '9W2BBA is monitoring and listening for a call'

Kebiasaanya anda tidak perlu membuat panggilan "CQ" di Pancar Ulang walaupun ia tidak menjadi kesalahan. Kita akan membincangkan mengenai panggilan "CQ" nanti.

2. Anda mendapat jawapan contoh seperti "9W2BBA, disini 9W2CKO di Shah Alam kembali. Nama saya Othman. Kembali kepada anda".
** "9W2BBA, this is 9W2CKO at Shah Alam returning. My name is Othman. Back to you."

Pada peringkat ini anda hanya perlu tunggu 3 saat sebelum menjawab semula panggilan tadi.

3. Tekan butang PTT dan jawab. Pada peringkat ini perbualan atau perbincangan adalah bergantung kepada apa yang ingin anda bincangkan atau ketahui. Beri Nama, Lokasi dan apa-apa maklumat yang ingin anda maklumkan kepada rakan baru anda serta akhiri perbualan anda dengan mengatakan "Ganti" atau "Kembali kepada anda".
** "Over" or "Back to you."

Ada baiknya jika anda menyebut Tanda Panggilan kerap setelah perbualan atau transmisi yang panjang dibuat dengan menyebut "9W2CKO disini 9W2BBA Ganti".
** "9W2CKO this is 9W2BBA. Over."

Penggunaan "Ganti" (Over) atau "Kembali kepada anda" (Back to you) adalah satu isyarat kepada rakan selepas anda yang anda telah selesai bercakap dan tiba giliran beliau untuk bercakap.

4. Pada akhir perbualan atau perbincangan anda akan mengucapakan Salam atau 73 dan keluar dari jaluran dengan mengucapkan "9W2CKO disini 9W2BBA keluar dan memantau." Itu jika anda masih ingin memantau di jaluran. Jika tidak anda hendaklah mengatakan ".... keluar dan QRT." sebagai ganti.
** "9W2CKO this is 9W2BBA clear and monitoring." or "...clear and QRT"

4. Menjawab Panggilan
Menjawab panggilan melalui Pancar Ulang dengan Radio Bimbit adalah serupa seperti mana yang dibincangkan diatas iaitu orang sebaliknya memanggil anda. Anda akan mendengar 9W2CKO memanggil di Pancar Ulang dan jawab seperti berikut selepas 3 saat dari panggilan tamat:

1. "9W2CKO disini 9W2BBA. Selamat Pagi. Nama saya Bujang dan Lokasi saya di Subang. Kembali kepada anda."
** "9W2CKO this is 9W2BBA. Good morning. My name is Bujang and my location is Subang. Over to you."

2. Secara asasnya pertukaran Tanda Panggilan adalah seperti telah dibincangkan diatas. Pastikan anda memperkenalkan Stesen anda sekali sekala dan seharusnya memperkenalkan diri anda jika ada stesen yang baru menyertai perbualan (QSO) anda.

5. Panggilan Terus
Panggilan Terus (Simplex) adalah panggilan yang dibuat terus kepada rakan anda tanpa menggunkan Pancar Ulang (Repeater). Samada anda menggunakan Jalur VHF, UHF atau HF prosedur adalah sama. Panggilan yang anda buat adalah terus kepada rakan anda menggunakan Jalur dan Frekuasnsi yang sama tanpa perlu melalui Pancar Ulang.

Walaubagaimanapun ia bergantung penuh dengan "Antenna" dan propogasi untuk HF, adalah perlu anda menentukan kesesuaian"Tuning" "Antenna" sebelum memulakan panggilan anda.

6. Memanggil CQ untuk membuat panggilan
Anggaplah anda mengendalikan panggilan HF di 10 meter band.

1. Mulakan dengan mencari frekuansi yang terang contoh seperti 28.360 Mhz. Bercakap dengan terang dan jelas "Adakah frekuansi ini digunakan? Disni 9W2BBA." Jika anda tidak mendapat apa-apa jawapan dalam jangkamasa yang agak lama buat panggilan kali kedua sebagai kepastian. Jika masih tiada jawapan maka boleh lah pergi ke langkah yang kedua. Jika ada rakan mengatakan frekuansi tersebut digunakan pindah ke frekuansi yang lain yang lebih jelas dan cuba lagi dengan panggilan anda. Jika anda dijemput
bolehlah menyertai perbincangan atau berkenalan dengan rakan baru, anda hendaklah memperkenalkan diri jika itu panggilan pertama anda dengan rakan yang sedia ada di Jaluran tersebut.
** "Is this frequency in use? This is 9W2BBA."

2. Buat panggilan "CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha memanggil CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha, Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha memanggil CQ dan menunggu panggilan."

** "CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha calling CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha, Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha calling CQ and waiting for a call."

Sekarang anda tunggu dan dengar jawapan kepada panggilan anda. Berada di Jalur 10 meter HF berkemungkinan anda akan mendapat jawapan dalam keadaan yang amat jelas hingga amat sukar untuk didengar.

3. Jika anda mendengar contohnya "Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha disini Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar memanggil."

4. Anda hendaklah menjawab dengan "Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha. Terima Kasih atas panggilan
anda. Terima anda dengan kekuatan 5 9. Nama saya Bujang dan QTH di Subang. Bagaimana anda terima saya? Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha ganti."

** Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha. Thanks for the call your signal is 59. My name is Bujang and my QTH is Subang. So how do you copy? Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha over."

Anda telah membuat panggilan pertama anda dalam Jalur HF. Pada tahap ini anda boleh membuat panggilan atau QSO selama mana anda suka atau mampu bergantung kepada keadaan jalur serta propogasi.

5. Anda boleh mengakhiri perbualan anda (QSO) dengan mengumumkan diudara kedua-dua tanda panggilan dan keluar dari jaluran.

Contoh: "...terima kasih Othman untuk panggilan dan 73 kepada anda dan keluarga. Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha keluar dari jalur."

** "... thanks Othman for the contact and 73 to you and your family. Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha signing off."

Apa yang harus anda lakukan jika lebih dari satu stesen yang menjawab panggilan anda? Jika anda boleh mendengar dengan jelas salah satu dari stesen tersebut, jawab seperti mana yang dibincangkan diatas. Dalam masa anda berbincang, semasa anda bertukar stesen anda boleh memberi masa 3 - 5 saat untuk stesen satu lagi untuk masuk ke jalur jika stesen tersebut boleh memancar dengan jelas.

Jika anda hanya mendengar separuh dari tanda panggilan, mungkin seperti 'KILO OSCAR' anda boleh menggunakan cara seperti diperingkat ke 4 diatas dengan memulakan panggilan dengan menyebut "stesen dengan 'KILO OSCAR' sila buat panggilan anda." Bila anda telah mendengar tanda panggilan dengan lengkap anda boleh terus menggunakan cara pada peringkat ke 4 diatas.

7. Menjawab Panggilan CQ

Mulakan dengan menala (tuning) frekuansi dalam jarak yang anda dibenarkan dan cari stesen yang membuat panggilan CQ. Untuk menjawab kepada stesen yang membuat panggilan adalah serupa seperti proses yang dibincangkan diatas. Perbezaan yang akan anda hadapi selepas anda mejawab panggilan CQ ialah anda akan mendapati stesen yang lain juga memanggil dan panggilan anda mungkin lambat dijawap. Jika berlaku situasi begiini, tunggu sehingga stesen yang sedang berkomunikasi selesai dan cuba semula. Jika anda tidak mahu menunggu bolehlah anda menala ke frekuansi yang lain yang berkemungkinan ada panggilan CQ dan mula mejawab panggilan tersebut.

Saya dahului dengan Terima Kasih atas bantuan rakan2 semua.

Anda juga boleh menyampaikan apa2 tambahan terus ke myHelipad WebBlog
http://myhelipad.negimaki.com/blog/index.php/2006/06/17/asas-pengendalian atau terus di sini.


73 de
9W2BBA


Artikel ini disalin sepenuhnya dari laman Mares... Kredit kepada 9W2BBA...

cherio...
73

Angsi Delta

Projek pembinaan pelantar Angsi Delta... dijangka siap pada bulan Oktober 2008... aku berkesempatan melawat tapak projek di Teluk Ramunia, Johor pada awal Ogos lalu... 740km dari Kota Bharu... jauh gilerr... heh

Pandangan dari jarak 1km

Topside

Jacket

cherio...
73

14 September 2008

Lokasi

QTH saltmine aku...


Angsi-A

cherio...
73

Alatan Komunikasi

Antara radio yg diguna pakai di saltmine aku... ada HF dan VHF... frekuensi VHF "marine" untuk komunikasi antara pelantar yg dekat & dgn kapal/bot, frekuensi VHF "airband" untuk komunikasi dgn helikopter dan frekuensi HF untuk komunikasi dgn lokasi yg berjauhan seperti perlabuhan, lapangan terbang dll.

Peralatan dlm bilik radio
Kiri Atas/Tengah - Jotron Transceiver Type TR-6101 (VHF airband)
Kiri Bawah - Codan 8570 Remote Control (HF)
Kanan Bawah - Codan 9390 Marine Transceiver (HF)
Kanan Tengah - Skanti 3000 (VHF Marine)
Kanan Atas - Sailor COmpact RT2048 (VHF Marine)

Peralatan dlm bilik kawalan - Sailor Compact RT2048 (VHF Marine)

cherio...
73

13 September 2008

Al-kisah

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya.. lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.. kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

cherio...
73

11 September 2008

Kreatif

Ada 1 mail masuk ke mailbox aku ari ni yg mencuit hati aku... terasa nak jugak berkongsi dgn rakan-rakan... memang kreatif la geng-geng PATI ni... macam-macam cara dorang buat untuk masuk secara haram... hehe... korang pun patut periksa kereta korang, mana tahu kot kot adegan camni pun terjadi jugak pada korang tanpa disedari... hehe...


Dalam beg



Dalam dashboard



Dalam kusyen seat belakang



Dalam bonet enjin (tak panas ke aa??)



Dalam seat pemandu & sebelah pemandu (mmg kreatif)


Amacam?? ada berani??

cherio...
73

10 September 2008

Tango-tango

Selasa 9 Sept, 2230hrs - Sesi minum-minum dan makan roti canai dgn rakan ham di Kerteh... terima kasih pada 9W2BRD, 9W2CRN & 9W2STG kerana menerima pelawaan aku... tapi lebih-lebih berterima kasih pada 9W2BRD kerana belanja kami makan roti canai... hehe... aku yg ajak, tapi org lain yg belanja... rezeki rezeki... heh

tapi sayangnya... sesampainya kat Transit House baru aku teringat... apasal la aku tak ambik gambar tadi... kalau tak, ada jugak kenangan... boleh jugak letak dalam blog ni... hurmm... sorry la rakan... lupa nak ambik gambar... tengok lah lain kali, kalau kita berkesempatan makan roti canai lagi, aku akan ambik gambar... sebagai bukti... hehe...

p/s: aku telah selamat sampai ke saltmine aku pagi tadi... alhamdulillah...

cherio...
73

09 September 2008

Berita

"Seven killed in Dubai helicopter crash
Thursday September 04 2008 11:00 BST

Seven people have died in a helicopter crash off the coast of Dubai, the United Arab Emirates' civil aviation body said today. The helicopter was on its way from Dubai International airport to an offshore oilfield when it came down in the Gulf Sea yesterday afternoon. All those aboard the aircraft - a Briton, an American, two Indians, a Pakistani citizen, a Filipino citizen and a Venezuelan - were killed when it crashed into the deck of the rig, Petrofac, which operates the Dubai government's offshore oilfields, said. "The helicopter crashed on to the deck of the Resilient, the Maersk jack-up drilling rig," a statement said. "The aircraft then broke up and fell into the sea. "Immediately following the incident, a fire broke out on the main deck of the drilling rig, which was quickly contained and extinguished." The firm said nobody on the rig or the platform was hurt in the incident. "The relatives of the deceased, who are contractor personnel and are confirmed as non-UAE nationals, are currently being informed," the statement added. "No Petrofac personnel are among the deceased." The General Civil Aviation Authority (GCAA) of the United Arab Emirates said it had launched an investigation into the crash. In a statement, the organisation said: "The B212 helicopter ... crashed in the Gulf sea on September 3. "An investigation is currently being conducted to determine the causes of the accident." A spokeswoman for the GCAA said the aircraft was owned by a company called Aero Gulf."

Fuhh... bila baca berita camni, takut aku... ye la.. aku pun 2 minggu sekali mesti naik helikopter nak ke saltmine aku dan balik ke darat... tapi tu la kan, kemalangan tak berbau... bukannya kita boleh jangka bila benda tu nak berlaku... tawakkal aje la...

"Ya Allah, jauhilah aku dari segala bencana sepanjang perjalanan aku dgn helikopter ke pelantar minyak & pulang ke darat... Amin..."

p/s: esok, tugasan selama 2 minggu aku bermula... huhuhu... tapi nasib baik tahun ni dapat beraya kat rumah... seminggu sbelum raya, tugasan aku dah abis... yiieeehaaaaaaaaaaaa.....

cherio...
73

08 September 2008

Info untuk rakan

Kepada rakan aku yg berminat untuk tahu apa itu radio amatur, terutamanya eKang, Ary & Mahzam, bolehlah baca di website http://www.9w2key.arkb.org.my... kalau aku terangkan disini pun, akan sama dgn apa yg akan korang baca kat situ... hehehe... kalau korang berminat, bulan 11 ni ada lagi exam RAE... boleh la antar borang RAE bila keluar notis nanti...

cherio...
73

07 September 2008

Majlis Berbuka Puasa

Ahad 7 Sept 2008 - Majlis berbuka puasa anjuran 9W2COP di Restoran Four Seasons, Kota Bharu... jutaan terima kasih pada Pok Su yg telah sudi menganjurkan majlis tersebut... ramai jugak yg hadir... tak terhad pada rakan ham, bukan ham jugak hadir. terima kasih sekali lagi kepada 9W2COP...
















cherio...
73

Harmonics

Aku tgh bersiap nak ke supermarket ptg ni bila aku tengok dressing harmonics aku menarik, macam kembar... terus aku abadikan di kamera aku...

Haifaa Dania (5thn) & Hasnaa Dania (3thn)

cherio...
73

Koleksi

Antara koleksi rig & handy yg digunapakai buat masa ni...


Mobile rig Icom IC-2200H dlm kereta Iswara


Handy Kenwood TH-255A dlm kereta Kancil


Handy Icom V-85 dlm base


Mobile antenna Crystal DP-CL2 disambung ke Icom V-85

Skang ni tgh kumpul duit, nak beli dual-bander mobile rig (Icom atau Kenwood), base antenna (Diamond F23H) & power supply... bajet dlm RM3k... heh.. gilo... abih nak buat camne, dah jadi hobi... sama la ngan org yg hobi main helikopter remote control, kapal terbang remote control... mahal gak belanja dorang tu... heh... harap-harap dapat la sbelum akhir tahun ni... huhuhuhu...

cherio...
73

05 September 2008

Kenangan Pertama

Sabtu 19 April 2008, 1845hrs - Icom IC-2200H, mobile rig pertama dgn antenna Diamond MC-101 siap dipasang di kereta aku... terima kasih pada 9W2TKG kerana sudi meluangkan masa untuk membantu aku dlm pemasangan tersebut... ujian pancaran pertama dari rig itu dibuat oleh 9W2TKG ke repeater 9M4RBJ...

Ahad 20 April 2008, 0030hrs - Kali pertama aku memancar ke frekuensi VHF radio amatur... terima kasih pada 9W2AWQ, 9W2JLD & 9W2MEO kerana menerima contact perdana aku di simplex V22... terima kasih jugak kerana memberi aku sedikit ilmu tentang tatacara QSO...

Ahad 20 April 2008, tengahari - Pancaran pertama aku ke 9M4RDA... aku dah lupa dgn siapa aku berQSO pada masa tu, yg pasti dlm rekod aku rakan pertama aku di 9M4RDA adalah 9W2TMK, 9W2KEY & 9W2ALI... terima kasih rakan di 9M4RDA yg sudi menerima pancaran pertama aku...

Ahad 20 April 2008, 1730hrs - Tango-tango pertama aku dgn rakan radio... terima kasih pada 9W2ALI, 9W2HAR, 9W2OTO & 9W2ZUZ... rasanya 9W2ALI yg belanja ari tu sebab katanya hari tu birthday dia kali ke 4 tahun ni... heheh..

cherio...
73

Amateur Radio Kota Bharu - ARKB

Dengan bangganya aku maklumkan, aku adalah ahli berdaftar kelab ARKB yg bernombor ?????... hehe... nombor ahli tak tahu lagi.. bila la 9W2MEX nak bagi kad keahlian tu... ari tu, khabarnya dah siap... heh... lambat pun takpe, yg penting aku adalah ahli berdaftar... yeahhh....

Jgn lupa, lawati webblog ARKB di http://www.arkb.org.my & forum ARKB di http://forum.arkb.org.my

Mungkin ada ilmu yg boleh anda pelajari disana... InsyaAllah...

cherio...
73

Sekadar Catatan

Sejak aku aktif dalam radio amatur ni 5 bulan yg lepas, dah ramai rakan baru yg aku kenal... ada yg aku kenal hanya sekadar melalui udara dan ramai juga yg aku kenal didaratan... hampir setiap lokasi yg aku pergi, aku akan cuba untuk berjumpa dgn rakan-rakan baru... kalau tak dapat "tango-tango", dapat "touch-N-go" pun kira memadai dah...

Terima kasih pada rakan-rakan Ham, yg sudi meluangkan masa untuk berjumpa aku walau sekadar untuk bersalam-salaman didaratan... Secara ringkasnya, aku telah berjumpa dgn ramai rakan Ham di Kota Bharu tentunya, Bachok, Gua Musang, Pasir Puteh, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Paka, Langkawi, Sik, Kuala Lumpur, Kuantan, Rompin & Raub. Mungkin ada lagi di lokasi lain yg aku lupa untuk nyatakan...

Apapun, harapan aku semoga ikatan silaturrahim yg terjalin antara kita akan berkekalan... InsyaAllah...

cherio...
73

04 September 2008

Frekuensi Repeater di Terengganu

Kalau anda ke Terengganu, disini disenaraikan frekuensi repeater di seluruh Terengganu.

Kuala Trg/Marang 9M4RBJ - Freq 147.800, Offset -0.6, Tone 123
Dungun/Paka 9M4RBT - Freq 147.000, Offset -0.6, Tone 123
Besut/Setiu 9M4RBA - Freq 147.625, Offset -0.6, Tone 123
Besut/Setiu 9M4RNT - Freq 147.975, Offset -0.6, Tone 203.5
Kemaman 9M4RTA - Freq 146.800, Offset -0.6, Tone 203.5
Setiu (SCORE) 9M4RSC - Freq 146.600, Offset -0.95, Tone 233.6
Astra Trans (Setiu) - Freq 144.750, Offset -0.6, Tone 103.5

Atau Simplex di frekuensi Kawin (K.Trg) - 145.145, Jerteh - V19 & V50, Chukai - V30.

Mungkin ada lagi repeater di Terengganu tapi aku tak pasti berfungsi ke tak... apa yg aku senaraikan disini frekuensi yg biasa aku memancar jika aku ke Terengganu... apa pun, jika ada rakan di Terengganu yg boleh memberi info, aku amat berbesar hati...

cherio...
73

02 September 2008

Frekuensi Repeater di Kelantan

Seperti dijanjikan, tapi hanya list repeater di Kelantan dulu... Lelain repeater akan dimasukkan lain kali...

Kalau anda ke Kelantan, jgn lupa untuk CQ CQ di salah satu repeater ini, insyaAllah kami di Kelantan amat berbesar hati untuk menerima pancaran anda...

Kota Bharu 9M4RDA - Freq 147.650, Offset -0.6, Tone 203.5
Machang/Tanah Merah 9M4RTM - Freq 146.85, Offset -0.65, Tone 167.9
Bachok 9M4RAB - Freq 147.725, Offset -0.6, Tone 233.6
Gua Musang 9M4RTG - Freq 146.900, Offset -0.6, Tone 167.9
Gua Musang /Kuala Krai - Freq 147.700, Offset -0.6, Tone 167.9
Jeli 9M4RTJ - Freq 146.950, Offset -0.6, Tone 167.9
Astra Trans (KB) - Freq 145.675, Offset -0.6, Tone 103.5

Atau Simplex di:

Kota Bharu - V18, Tanah Merah - V38, Bachok - V22, Tumpat - V20, Gua Musang - V40, Kuala Krai - V48, Pasir Puteh - V30 & Jeli V38.

Jgn segan-segan untuk memanggil rakan disini jika anda berada disalah satu lokasi tersebut diatas atau berhampirannya.

cherio...
73

01 September 2008

1 Ramadhan 1429H

Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Semoga ibadat puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin

Aku minta maaf sebab tak dapat menunaikan janji untuk menyiarkan senarai repeater yang terdapat di Malaysia ni. Agak kesibukan dan kemalasan untuk menaip... :) InsyaAllah, aku akan tunaikan janji aku sedikit masa lagi...

Apa pun, selamat berpuasa untuk rakan-rakan...


cherio...
73