Senarai Repeater & Simplex - 11 Ogos 2013


Senarai Repeater & Simplex

Adalah dimaklumkan, bahawa saya tidak lagi mengemaskini data berkenaan senarai repeater di Malaysia.
Untuk mendapatkan senarai terkini frekuensi repeater di seluruh Malaysia, anda bolehlah memuat turun aplikasi
Repeater.MY Hamradio Malaysia di Google Playstore.

skoda...
73

07 May 2009

AGM ARKB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dengan ini diumumkan bahawa ARKB akan mengadakan AGM (Annual General Meeting) 2009 seperti berikut:

Tarikh: 16 May, 2009
Hari: Sabtu
Jam: 2.30pm hingga 5.30pm
Tempat: Sudara Beach Resort, Jln Tok Bali (Coordinates : 5°58′3″N 102°26′39″E)

Kepada semua ahli dijemput hadir dan sila jelas yuran keahlian tahunan anda kepada Bendahari Persatuan iaitu 9W2ALQ secepat yang mungkin bagi melayakkan anda bersuara dan mengundi dalam pemilihan AJK dan jawatan-jawatan lain di AGM itu nanti. Surat Notis AGM akan dikeluarkan kepada ahli-ahli.

Terima Kasih.
De 9W2KEY / 73

p/s: Dipetik dari laman ARKB

cherio...
73

26 April 2009

Senarai Repeater

Berdasarkan lawatan aku ke blog rakan-rakan & laman web kelab-kelab radio amatur, aku berjaya membuat senarai repeater untuk seluruh Semenanjung Malaysia... mungkin ada antara repeater dlm senarai aku ni yg dah tak aktif, tapi sekurang-kurangnya dapat menjadi panduan kepada aku dan juga tetamu blog aku ni...

Kalau rakan-rakan tahu mana-mana repeater yg sudah tak aktif atau info yg aku masukkan dlm senarai ini tak betul, harap dapat maklumkan pada aku untuk aku buat pembetulan...

klik untuk senarai dlm bentuk PDF




aku juga berharap, agar korang dapat memberi info pasal frekuensi simplex yg digunapakai disekitar daerah korang, supaya dapat aku masukkan dlm senarai tu jugak...


cherio...
73

19 April 2009

Kenwood PG-5H

Projek untuk menghasilkan kabel PG-5H sendiri telah berjaya aku selesaikan pada 16 Apr 2009 yg lepas... dgn bermodalkan tak sampai RM20, aku berjaya menghasilkan kabel PG-5H buatan sendiri...

Dgn kabel tersebut, aku berjaya mengemaskinikan "firmware" rig Kenwood TM-V71A aku dan juga berjaya "read" & "write" dari rig ke PC (menggunakan program MCP-2A) dan dari PC ke rig... cuma untuk penggunaan "echolink" je yg belum aku cuba...


cherio...
73

Kelas RAE 2009-1

Kelas berjaya dijalankan dgn mendapat kerjasama sepenuhnya daripada calon-calon RAE... pada sessi pertama, seramai hampir 30 org calon RAE hadir tak termasuk rakan-rakan ham yg datang memberi sokongan... pada sessi kedua, hampir 20 org calon hadir...

Kelas pada permulaan sessi ini dipengerusikan oleh 9W2KEY dan diajar oleh 9W2YGC... sebelum tu, pada sessi pertama kelas RAE diadakan, calon-calon RAE telah diberi kata-kata semangat dan perangsang oleh 9M2FOX... semoga apa yg diperkatakan oleh 9M2FOX dapat disematkan kedalam minda bukan setakat pada calon-calon RAE malah rakan-rakan ham yg lain yg turut hadir pada malam tersebut...

Sekali lagi diingatkan, kelas RAE ini akan diadakan setiap minggu sehingga ke tarikh RAE menjelma...







cherio...
73

17 April 2009

Kelas RAE 2009-1

Buat semua rakan yg ingin mengambil RAE bulan Jun nanti, jgn lupa untuk hadirkan diri anda malam ini jam 2100hrs di bilik mesyuarat PBSM Kota Bharu... Kelas persediaan untuk RAE 2009-1 akan diadakan bermula malam ini setiap minggu dgn kerjasama ARKB dan PBSM...

Hari: Jumaat & Sabtu setiap minggu
QTR: 2100 (1300 UTC)
QTH: Bilik mesyuarat PBSM, Kota Bharu

cherio...
73

15 April 2009

Pra RAE 2009-1

Pada 11 April 2009 jam 2100hrs, satu mesyuarat pra RAE 2009-1 telah diadakan di bilik mesyuarat PBSM di Kota Bharu...

Sekali lagi ARKB dgn kerjasama PBSM akan menganjurkan kelas persediaan RAE untuk calon-calon RAE 2009-1... setelah dipersetujui ramai, kelas persediaan RAE 2009-1 ini akan diadakan pada setiap Jumaat & Sabtu jam 2100hrs bertempat di bilik mesyuarat PBSM Kota Bharu (bersebelahan PPK)... seperti biasa, kelas ini akan diketuai oleh 9W2KEY dan dibantu oleh beberapa rakan ham lain...

Semua rakan-rakan yg akan mengambil RAE nanti, bolehlah menghadirkan diri anda ke lokasi yg ditetapkan untuk sama-sama menimba ilmu sebagai bekalan menghadapi RAE...







cherio...
73

27 March 2009

RAE 2009-1

27MAR08 – Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1) throughout Malaysia on 24 June 2009. For further details and examination application form please click on the links below.

Borang permohonan RAE 2009-1

Harap rakan-rakan yg berminat untuk mengambil RAE dapat menghantar borang secepat mungkin...

cherio...
73

25 March 2009

Reunion

Pada 24 Mac 2009, jam 2130hrs bertempat di bilik mesyuarat PBSM Kota Bharu, telah berlangsung majlis reunion pelajar-pelajar RAE 2008-1 & 2008-2 yg telah berjaya mendapat AA hasil tunjuk ajar rakan-rakan ARKB...

Walaupun kehadiran agak tidak menggalakkan, namun kemeriahan majlis tetap terasa dgn kehadiran rakan-rakan ham baru & lama... sekalung ucapan tahniah pada rakan-rakan ham yg baru mendapat AA dan semoga audio anda akan sentiasa kedengaran di 9M4RDA...

Untuk info, terdapat 33 pelajar RAE 2008-2 dari kelas anjuran ARKB & PBSM dan seramai 28 org telah lulus RAE, manakala 2 lagi gagal dan 3 tidak dapat dikesan...

Tahniah sekali lagi untuk rakan-rakan, dan insyaAllah untuk RAE 2009-1 nanti ARKB sekali lagi akan bekerjasama dengan PBSM Kota Bharu untuk menganjurkan kelas persediaan RAE untuk bakal-bakal ham...

Antara rakan baru yg hadir: 9W2DJM, 9W2UUL, 9W2DKC, 9W2DZY, 9W2NBS, 9W2JIT, 9W2PBS, 9W2ZIG & 9W2DBM.




cherio...
73

Pancaran ke satelit

Lebih kurang jam 1130UTC, aku berjaya memancar ke crossband repeater untuk satelit AO-51... sebelum tu kedengaran audio 9W2KEY (R3) yg CQ CQ dan dijawab oleh HS1EAX (R4) tapi malangnya 9W2KEY tidak dapat mendengar sahutan dari HS1EAX...

Cubaan aku selepas itu juga berjaya diterima oleh HS1EAX tapi selepas pancaran kali kedua aku untuk memohon laporan pancaran dari HS1EAX, terus tidak kedengaran audio dari HS1EAX... mungkin satelit AO-51 pada masa tu sudah agak berjauhan dari lokasi aku memancar...

Info pancaran:
Rig - Kenwood TM-V71A
Kuasa pancaran: 10w
Antenna: Mobile Diamond SG7200
Lokasi pancaran: dalam kereta yg sentiasa bergerak-gerak untuk mendapatkan signal yg memuaskan...

Cubaan kedua aku hari ini untuk memancar pula ke satelit VO-52 pada 1345UTC tidak berjaya... aku rasa, kedudukan satelit itu sendiri yg agak jauh dari base aku yg menyebabkan aku tidak berjaya... tapi insyaAllah, bila satelit itu berada dikedudukan yg agak dekat dgn lokasi aku, aku akan mencuba lagi...

Alhamdulillah, kalau sebelum ni aku berjaya memancar ke crossband repeater ISS dan audio aku dapat didengari oleh 9W2KEY, hari ini pula aku berjaya memancar ke crossband repeater satelit AO-51 dan audio aku dapat didengari oleh HS1EAX...

cherio...
73

18 March 2009

RAE 2009-1

Aku terima maklumat dari seorang rakan, katanya notis untuk RAE 2009-1 berkemungkinan akan dikeluarkan pada 1 April 2009 dan RAE akan diadakan pada 24 Jun 2009...

Tak pasti samada maklumat ini tepat atau tidak... apa pun, pada rakan SWAL yg berminat untuk menduduki RAE, bolehlah menunggu notis rasmi dari MCMC sedikit masa lagi...

cherio...
73

06 March 2009

Maulidur Rasul

Sebulan dah berlalu, tapi tiada apa apa cerita yg dapat aku muatkan dlm blog ni... bukan malas, bukan merajuk, bukan marah... tapi takde bahan cerita untuk aku kongsi dgn korang semua...

Nantilah, bila ada cerita, aku akan kongsikan disini...

Apapun, selamat menyambut Maulidur Rasul pada Isnin depan... sama-samalah kita menghayati perjalanan hidup Rasulullah S.A.W dan mengambil iktibar dan pengajaran atas segala perjuangan Baginda dlm menegakkan Islam dimuka bumi ini...

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: ayat 56)

cherio...
73

03 February 2009

Keputusan RAE 2008-02

Announcement: Radio Amateur Examinations (RAE) Results
2 February 2009

SKMM is pleased to announce the official results of the Radio Amateur Examinations (RAE) conducted nationwide on 17 December 2009.

Keputusan RAE 2008-02

Tahniah kepada rakan-rakan SWL yg telah lulus RAE... harap dapat kedengaran audio anda di jaluran nanti, insyaAllah... bagi yg gagal, harap anda tidak berputus asa... cuba lagi dilain kali...

Sekalung tahniah juga buat 9W2GGB atas kejayaannya anaknya yg telah lulus RAE... juga buat Alinone78 atas kejayaan anda dalam RAE...

cherio...
73

27 January 2009

Rumah Terbuka 9W2GGB

9W2GGB juga telah mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina pada hari ni... suasana agak meriah tambah lagi dgn kehadiran rakan-rakan Taiping (9W2DMG, 9W2VZO & 9W2OCC) yg masih belum balik ke base masing-masing...

Antara rakan-rakan setempat yg hadir, 9W2YGC, 9W2RSE, 9W2STH, 9W2FAX, 9W2DCC, 9W2SMO & 9W2SME...

Terima kasih juga buat 9W2GGB atas jemputan anda...







cherio...
73

26 January 2009

Rakan Utara

Satu acara sambutan untuk rakan-rakan ham dari Kampongku Taiping telah diadakan di Sek Men Teknik Tanah Merah... acara itu dianjurkan oleh pihak ARECTMJ...

Acara itu bersempena kedatangan rakan-rakan Utara ke Kelantan yg berakhir pada hari ini... rombongan yg diketuai oleh 9W2DMG itu berangkat pulang ke Utara pada jam 6 petang...

Buat rakan-rakan Utara, jgn lupa untuk berkunjung lagi... kami di Kelantan sedia menerima kunjungan anda semua...







cherio...
73

Rumah Terbuka 9W2YGC

9W2YGC telah mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di kediamannya petang tadi... agak ramai rakan ham yg hadir antaranya 9W2HAR, 9W2RSE, 9W2SHQ, 9W2STH, 9W2SHI, 9W2BFU, 9W2WIE, 9W2PNH, 9W2DYD, 9W2SMO & 9W2SME...

Nasi dagang dan roti jala menjadi hidangan untuk kami... terima kasih buat 9W2YGC atas jemputan anda...




cherio...
73

Selamat Datang Ke Kelantan 2

Selamat datang ke Kelantan amnya & Kota Bharu khasnya juga buat rakan-rakan Kampungku Taiping...

Terserempak dgn 9W2VZO sewaktu aku melintasi Pasar Borong Wakaf Che Yeh sebentar tadi... diinfokan sebanyak 10 kenderaan dari Kampungku Taiping datang ke Kelantan diketuai oleh 9W2DMG...

Selamat bercuti diucapkan kepada semua rakan-rakan yg ke Kelantan... semoga anda bergembira sepanjang anda berada di Kelantan...

cherio...
73

25 January 2009

Selamat Datang Ke Kelantan

Selamat datang ke Kelantan umumnya dan Kota Bharu khasnya buat rakan-rakan VEE99 dari Perak...

Alhamdulillah, tengahari tadi berkesempatan untuk bersalaman dengan konvoi VEE99 ni... kebetulan konvoi VEE99 melalui kampung aku untuk ke Rantau Panjang dengan dipandu arah oleh 9W2KEY...

Selamat membeli-belah buat 9W2JOI, 9W2HMI dan rakan-rakan VEE99... semoga anda berpuashati dengan segala yg anda dapati di Kelantan... dan semoga anda selamat pulang ke destinasi dengan selamat nanti, insyaAllah...

cherio...
73

Gong Xi Fa Chai

Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakan ham yg berbangsa Cina...



cherio...
73

20 January 2009

Semangat Ham

Terima info di 9M4RDA, seorang rakan 9W2WAJ terlibat dalam kemalangan di Kuantan... tanpa berlengah, aku terus hubungi seorang rakan ham di Kuantan iaitu 9W2SLA untuk mendapatkan bantuan...

Alhamdulillah, bantuan terus dihulurkan oleh 9W2SLA dan rakan-rakan di Kuantan untuk menguruskan apa-apa yang patut...

Inilah yang membuatkan aku semakin sayang dengan hobi ini... membuktikan, walaupun tanpa mengenali antara satu sama lain, tapi dengan semangat ham yang dimiliki mampu mengetepikan itu semua... bantuan akan tetap dihulurkan...

Terima kasih pada 9W2SLA dan rakan-rakan di Kuantan yang membantu samada secara langsung atau tidak...

cherio...
73

19 January 2009

SSTV

Cubaan pertama untuk SSTV telah berjaya semalam... terima kasih 9W2KEY atas tunjuk ajar anda... dengan menggunakan program MMSSTV yg boleh didapati secara percuma di internet, penghantaran dan penerimaan imej telah berjaya walaupun tanpa menggunakan interface yg sepatutnya...

Imej pertama dari 9W2GGB (melalui 9M4RDA)

Imej dari 9W2PNH dgn mode Robot36 (melalui 9M4RDA)


Imej kedua dari 9W2PNH dgn mode SC2 180 (melalui simplex V35)

Imej pertama dari aku, diterima oleh 9W2KEY (melalui 9M4RDA)

Imej kedua dari aku, diterima oleh 9W2KEY (melalui 9M4RDA)

Imej ketiga dari aku dgn mode SC2 180, diterima oleh 9W2KEY (melalui simplex V35)

Untuk imej ketiga dari aku yg diterima oleh 9W2KEY, walaupun menggunakan mode SC2 180, imej agak kurang tajam kerana 9W2KEY berada agak jauh dari aku... memandangkan aku hanya menggunakan kuasa pancaran 5w, jadi pancaran yg diterima oleh 9W2KEY kurang jelas, dlm R3 sahaja...

Apapun, bagi aku percubaan pertama aku ni telah berjaya...

cherio...
73